Netflix sentiasa menawarkan pelbagai pilihan hiburan yang menarik dan kali ini, ada beberapa filem serta siri TV terbaru yang anda tidak boleh lepaskan. Daripada kisah seram penuh misteri hingga drama keluarga yang mengharukan, berikut adalah senarai tontonan yang wajib anda tonton!
Racun Sangga
Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan Maya, (Frederika Cull) dan Andi, (Fahad Haydra) mula mengalami gangguan aneh yang menyeramkan daripada kuasa jahat. Berdasarkan kisah benar, filem Indonesia kali ini mebawakan tentang sihir pemisah rumah tangga iaitu racun sangga. Jalan cerita yang penuh misteri dan pelbagai kejadian seram berlaku di antara mereka. Setiap detik membuatkan penonton tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku kepada pasangan ini.
Adolescence
Siri Netflix yang mempunyai 4 episod limited series yang menceritakan tentang Jamie, (Owen Cooper) seorang remaja berumur 13 tahun ditahan atas tuduhan membunuh rakan sekolahnya yang bernama Katie. Jalan cerita yang begitu intense membuatkan penonton ingin tahu lebih tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh Jamie dan apakah kaitan antara kawan-kawan sekolahnya dengan kes ini dan apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam siri ini.
Babah
Babah ialah sebuah filem tempatan Malaysia yang menyentuh hati, mengisahkan tentang kasih sayang Isyak, (Qi Razali) seorang ayah yang kurang upaya dari segi pendengaran, namun tetap berusaha membimbing anak perempuannya yang bernama Maya, (Sweet Qismina) melalui cabaran hidup hingga ke alam dewasa. Filem ini mengangkat tema kasih sayang, kekuatan keluarga dan ketabahan menghadapi ujian.
Reversi
Filem sedih dan sci-fi, Reversi, menceritakan kisah cinta seorang suami, Akid, (Beto Kusyairi) terhadap isterinya, Sarah, (Shiqin Kamal) dan anaknya, Anas membawanya merentasi masa untuk membetulkan kesilapan silam dan membina masa depan yang lebih baik. Drama penuh emosi ini memperlihatkan sejauh mana seseorang sanggup berkorban demi orang yang tersayang.
The Haunted Palace
Siri Kdrama tentang Yeo Ri, (Bona) seorang wanita yang dilahirkan dengan kuasa mistik dan terpaksa menerima anugerah tersebut untuk membersihkan sebuah istana era Joseon daripada roh-roh jahat dan menyelamatkan cinta pertamanya Yoon Gap, (Yook Sung Jae). The Haunted Palace menggabungkan unsur sejarah, seram dan cinta, menjadikannya satu kisah supernatural yang penuh misteri dan emosi.
@eunseocool #bona #thehauntedpalace #joseonattorney #kdrama #fyp โฌ art deco instrumental by lana del rey - lana del rey เญจเญง
The Life List
Hidup Alex, (Sofia Carson) bertukar selepas kematian ibunya yang telah menyiapkan senarai impian zaman remajanya dan Alex memulakan perjalanan yang membawa kepada pendedahan rahsia keluarga, kisah cinta yang manis dan penemuan semula tentang dirinya. The Life List ialah cerita yang penuh inspirasi, mengingatkan kita tentang pentingnya mengejar impian dan menghargai setiap peluang dalam hidup.
@netflix Get a tattoo. Learn to drive. Do stand up. Find true love. Whatโs on your life list? Sofia Carson stars in #TheLifeList โฌ original sound - Netflix