Langgan

Senarai Fiksyen Wajib Baca Sepanjang Tahun

Kurang beberapa bulan sahaja 2024 bakal melabuhkan tirainya, ELLE menyeraikan novel terbaik setakat hari ini.
3 minit untuk membaca
Published: October 3, 2024

Sally Rooney yang baru-baru ini melancarkan buku terbarunya "Intermezzo" membuat semua peminat fiksyen dunia begitu tergila-gila. Dunia fiksyen dengan obsesi #BookTok dan #Bookstagram menjadikan pengalaman berkongsi pandangan tentang buku-buku karya penulis ternama ini menjadikan ia lebih mengujakan.

ELLE meneruskan keterujaan buat sang pembaca yang sentiasa menanti-nantikan what's next on reads menerusi senarai tujuh buku pilihan kami sepanjang tahun ini.

Blue Sisters / Coco Mellors

Coco Mellors mencipta momen luar biasa ketika debut novelnya Cleopatra & Frankenstein mendapat perhatian dunia. Fenomena Cleo & Frank yang mendapat liputan luas Tiktokers yang memberi respons berbeza tentang novel tersebut menjadikan Coco Mellors sebagai the next author to watch. Novel terbarunya "Blue Sisters"menelusuri emosi tiga beradik yang kembali bersatu di New York setelah kematian salah seorang ahili keluarga mereka. Dengan pandangan hidup berbeza yang berbeza Coco Mellors menyentuh pembaca tentang penceritaan kasih sayang dan kehilangan.

Evenings & Weekends // Oisin McKenna

Kota London sentiasa memilki cerita daripada sudut pandang berbeza. Dan inilah yang mahu diraikan Oisin McKenna menerusi novel perdananya "Evenings & Weekends". Mengambil latar 2019, empat wakilan millenial melewati kehidupan yang berbeza jalan ceritanya. Plotnya dirumitkan dengan perwatakan yang beragam pemikiran serta sudut pandang tentang kehidupan. Oisin McKenna benar-benar memahami kekusutan jiwa-jiwa yang mahu didengarkan cerita mereka.

Intermezzo // Sally Rooney

Penulis prolifik Sally Rooney yang cukup dikenali dengan novel hebatnya seperti "Normal People" dan "Conversations With Friends" ini kembali dengan novel keempatnya yang berjudul "Intermezzo". Kali ini Rooney meneroka jiwa dua adik-beradik Peter dan Ivan yang melewati kehidupan berbeza dengan cerita tentang kedewasaan dan percintaan. Sally Rooney kali ini semakin bijak meyusun frasa-frasa bersahaja yang biasa kita dapat daripada novel sebelumnya dan menjerat pembaca sehingga ke hujungnya.

Brat: A Ghost Story // Gabriel Smith

Gabriel Smith menerusi novel debutnya ini benar-benar memberi kejutan manis buat pembaca fiksyen. Di TikTok cukup banyak Booktokers yang memperkatakan tentang keunikan buku ini yang membawakan kisah seorang penulis yang mengalami hal pelik dalam hidupnya setelah dia menemukan sebuah jurnal. Perwatakan yang disusun dengan kepelbagaian karakter menjadikan Brat antara novel wajib baca bagi anda yang mahukan idea segar.

The City and Its Uncertain Walls // Haruki Murakami

Pada usia 75 Tahun, Haruki Murakami masih menjadi antara penulis yang sentiasa dinantikan hasil tulisannya. "The City and It's Uncertain Walls" menjadi novel pertama setelah kali terakhir tujuh tahun lalu dia menerbitkan buku. Kali ini dia melewati kesepian jiwa watak utamanya yang masih tidak mahu melepaskan kehilangan cinta pertamanya. Penceritaan Murakami yang begitu dalam dan bersulam dengan penulisan puitis menjadikan "The City and Uncertain Walls" sebagai salah satu novel yang begitu diraikan tahun ini.

Small Rain // Garth Greenwall

Membawa kisah seorang profesor yang hidupnya tiba-tiba dilanda badai ketika sebahagian tubuhnya tidak lagi berfungsi baik. Pelbagai inisiatif mahu memulihkan keadaannya menjadi seperti biasa semakin kabur harapan yang ada membawakan awatak utamanya melewati satu kehidupan yang semakin jauh dengan apa yang dia gambarkan. Garth Greenwell kali terakhir menerbitkan buku adalah pada tahun 2020 menerusi "Cleanness"

Martyr! // Kaveh Akbar

Tragedi yang melanda hidup Cyrus Shams membawanya ke fasa hidup yang memaksanya menjadi ketagihan alkohol juga dadah. Kehilangan orang tersayang dan kekejaman yang berlaku di depan matanya membawa Cyrus melewati satu refleksi hidup yang turun naikknya begitu drastik sekali. Sudut pandang seseorang yang hilang punca hidup menjadi fokus penceritaan Kaveh Akbar.

Tell Me Everything // Elizabeth Strout

Seorang lagi penulis senior yang begitu diraikan. Elizabeth Strout sudah menciptaka momennya yang tersendiri dengan beberapa novel yang cukup memberi impak buat pembaca global. Setelah kejayaan "Oh! William" dan "Lucy by the Sea" - tahun ini dia hadir dengan "Tell Me Everything". Kisahnya kali ini membawa pembaca melewati pemikiran empat watak utamanya tentang kehidupan.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down