Langgan

Satira “Andak Bertandak” di Pentas KLPAC

Andak Bertandak menampilkan lakonan Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana dan ramai lagi
1 minit untuk membaca
Published: August 15, 2024

Penggemar teater tempatan diraikan dengan kemunculan teater Andak Bertandak yang dipentaskan di KLPAC 29 sehingga 31 Ogos ini. Teater ini diarahkan Azhar Zainal dan skrip pula ditulis oleh Fasyali Fadzly yang merupakan Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Teater ini membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak ini mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah. Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

Penerbit teater Andak Bertandak, Juan Ab Aziz berkata, pementasan teater Andak Bertandak ini adalah lebih daripada sebuah pementasan teater, ianya merupakan satu nafas serta peluang yang baharu dalam industri teater khususnya dan industri kesenian secara amnya untuk lebih aktif dan mendapat perhatian serta pengiktirafan daripada masyarakat di luar sana.

Kerjasama serta sokongan daripada ASWARA dan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga amat memberikan impak yang besar untuk kelancaran pementasan teater ini. Penggemar dan penonton teater boleh mendapatkan tiket secara atas talian diwww.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula daripada RM65, RM95, RM125 dan RM155.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down