Langgan

Tumpuan Baharu Kuala Lumpur: Smith & Wollensky Kini Dibuka!

Smith & Wollensky kini dibuka di Kuala Lumpur!
2 minit untuk membaca
Published: December 24, 2025
smith & wollensky

Dalam filem ‘The Devil Wears Prada’, Miranda Priestley mengarah Andrea Sachs untuk membelikan makanan tengah harinya, yakni daging stik bersama kentang kisar. Andrea bergegas, berlari-lari mendapatkan pesanan makanan tersebut. Ingat lagi babak itu? Barangkali anda ingat ke mana hala tuju Andrea dan di mana restoran yang ditujui. Perspektif babak tersebut menyorot pandangan kita ke restoran Smith & Wollensky. 

Dan… guess what? Smith & Wollensky kini sudah dibuka di Malaysia, berlokasi di Suria KLCC Kuala Lumpur! Menjanjikan kepuasan habuan perut buat pencinta-pencinta stik premium. 

Restoran stik serta bar Smith & Wollensky yang diasaskan oleh pengusaha restoran Alan Stillman pada tahun 1977 – terdahulu ditubuhkan di kota New York – meraih reputasi sebagai ‘America’s Steakhouse’. Ia membangunkan imejnya menjadi satu destinasi menyimpan semangat impian Amerika, tersaji bersama daging premium berkualiti tinggi yang dipanggang dengan cukup sempurna. Dari Boston sehinggalah ke London, Taipei ke Seoul dan kini di Kuala Lumpur, identiti rona ikonik hijau dengan putih menjadi simbol kualiti tanpa kompromi serta pengurusan ketamuan terunggul.

smith & wollensky

Semangat Smith & Wollensky begitu nyata, mengakses kita dengan kecemerlangan serta integriti dunia makanan dan minuman. Apa yang menjadikan restoran ini sebagai penanda aras bagi restoran stik lain adalah pendiriannya menyajikan kualiti daging lembu serta makanan laut yang tidak tergantikan. Kesemuanya diperoleh daripada sumber-sumber tempatan – terutamanya, daging-dagingnya diperakui Halal, memastikan penikmatan makanan dengan penuh yakin dan selesa.

Kelangsungan naratif kualiti dan pengalaman menakjubkan itu dinikmati lagi pada setiap ketelitian butiran, lantas menegapkan legasinya. Perpaduan dengan sentuhan tempatan pula membayangkan landskap kontemporari. Pengamatan kualiti malah bertumpu kepada berat pisau stik sehinggalah perkhidmatan yang berteraskan gaya Amerika. 

Apa yang terangkum adalah kepelbagaian ruang makan di dalam restoran, yang disempurnakan oleh kapasiti melebihi 300 orang tetamu. Tersusun elok ruang makan persendirian, bahagian bar serta ruang makan untuk perjumpaan terpenting, sambutan istimewa dan pertemuan intim. Restoran ini turut menyediakan perkhidmatan persidangan dan acara untuk memenuhi keperluan acara sosial atau korporat, seperti majlis perkahwinan, pertunjukan fesyen atau makan malam gala. 

Hiasan beridentitikan warisan Malaysia terlihat jelas saat melewati bahagian dalamannya. Contohnya bagian dekorasi yang diilhamkan oleh corak batik, piuter dan motif Bunga Raya. 

Antara menu-menu di Smith & Wollensky

smith & wollensky
smith & wollensky
Smith & Wollensky Menu Items by Adam DeTour
smith & wollensky

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down