Langgan

Bufet Istimewa Sempena Bulan Kemerdekaan

Nikmati 5 bufet khas pilihan ELLE sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67!
2 minit untuk membaca
Published: August 31, 2024

Sempena bulan kemerdekaan yang ke-67, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menikmati bufet istimewa Merdeka yang enak dan lazat. Dari hidangan tradisional tempatan hingga masakan moden, hotel-hotel di Kuala Lumpur ini telah menyediakan menu istimewa yang menawarkan cita rasa dari pelbagai etnik. ELLE mempersembahkan 5 bufet menarik yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga dan orang tersayang bagi menyambut hari penuh sejarah ini.

1. EQ Kuala Lumpur

Nipah menjemput semua pencinta makanan Malaysia untuk menyambut Hari Merdeka dengan bufet istimewa yang mempamerkan keaslian resipi tradisional. Terdapat lebih daripada 50 hidangan Malaysia yang dipersembahkan termasuk Pari Bakar, Yong Tau Foo dan Satay. Tiada penyesalan bagi setiap pinggan penuh yang di ambil, Nipah menjanjikan keajaiban citarasa Malaysia dalam setiap hidangan.

Tarikh: 31 Ogos dan 16 September 2024

Makan Tengahari | 12PM hingga 3PM
Harga: RM148 dewasa | RM74 kanak-kanak 6 – 12 tahun

Makan Malam | 6.30PM – 10.30PM
Harga: RM168 dewasa | RM84 kanak-kanak 6 – 12 tahun

Lokasi: Nipah @ EQ

Tempahan: Laman Web | Hubungi +603 - 2789 7777 | Email [email protected]

2. Shangri-La Kuala Lumpur

bufet merdeka
Foto: Shangri-La Kuala Lumpur

Bufet di Lemon Garden ini menawarkan hidangan istimewa Melayu, India dan Cina untuk makan tengah hari serta makan malam. Para tetamu akan dihidangkan dengan hidangan utama seperti Kerabu Udang Segar, Sotong Kari Kering Berempah, dan Ayam Percik Kelantan. Bagi peminat manisan, nikmati hidangan raja buah istimewa seperti Kek Keju Durian dan Mochi Durian yang akan memberikan pengalaman rasa unik.

Tarikh: 1 Julai hingga 31 Ogos 2024

Harga: RM534.00 untuk 4 orang

Lokasi: Lemon Garden, Shangri-La Kuala Lumpur

Tempahan: Laman Web | Hubungi +603 2786 2378 | Email [email protected]

3. The St Regis Kuala Lumpur 

bufet merdeka
Foto: The St. Regis Kuala Lumpur

Tradisi sejak tahun 2020, ‘Malaysiaku: Culinary Tales of Folklores and Fables’ diperkenalkan semula oleh The St Regis Kuala Lumpur bagi menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Menu ini menampilkan resepi dari 14 negeri, turut disediakan dengan teknik memasak cara tradisional yang menekankan penggunaan bahan-bahan tempatan. Pengalaman makan malam ini memberi ruang untuk menonjolkan kepelbagaian tradisi kulinari Malaysia serta kisah dongeng sebaliknya. 

Tarikh: 30 hingga 31 Ogos, 6 September dan 13 September 2024 (6:30PM hingga 10:30PM)

Harga: RM388 seorang dewasa

Lokasi: The Brasserie @ The St. Regis Kuala Lumpur

Tempahan: Laman Web | Hubungi +603 2727 6666 | Email [email protected]

4. The RuMa Hotel and Residences

Antara salah satu pencuci mulut dari The LIBRARY

Jika anda ingin menikmati petang yang tenang dengan hidangan yang tidak terlalu berat, The LIBRARY adalah jawapannya. Setiap suapan pemanis mulut dan secawan teh premium panas ini membawa anda ke dalam dunia seni minum petang yang penuh elegan.

Tarikh: Dibuka sehingga 16 September 2024 (2:00PM hingga 5:00PM)

Harga: RM118 seorang dewasa atau RM228 berdua

Lokasi: The LIBRARY @ The RuMa Hotel and Residences

Tempahan: Laman Web | Hubungi +603 2778 0888 

5. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

bufet merdeka
Foto: Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Raikan hujung minggu Merdeka dengan bufet mewah di Mosaic, Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Apa yang menarik, tetamu boleh menyambut detik Merdeka dengan menikmati menu a la carte istimewa di Aqua Restaurant and Bar, Mosaic dan Lounge On The Park hanya pada 30 ogos. Perkhidmatan akan dilanjutkan hingga 1 pagi bagi menyaksikan pertunjukan bunga api yang pastinya memukau.

Tarikh: 29 hingga 31 Ogos 2024

Harga: RM195.70 seorang dewasa

Lokasi: Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Tempahan: Laman Web | Hubungi +603 2380 8888 | Email [email protected] 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down