Langgan

3 Menu Air Matcha Yang Wajib Dicuba Untuk Matcha Lovers

Kombinasi rasa earthy matcha dengan rasa masam manis strawberi 10/10!
2 minit untuk membaca
Published: September 5, 2024

Coffee kini semakin kurang digemari, dan ramai yang bertukar kepada matcha latte sebagai pilihan minuman harian, baik untuk sarapan mahupun makan malam. Lebih menarik lagi, selepas melonjak naik populariti matcha latte, kini muncul variasi baru dengan campuran yang unik.

Sebagai peminat tegar matcha, kami telah memilih tiga café dengan variasi air matcha yang sedap dan patut anda cuba. Yang pasti anda mesti akan datang lagi selepas mencubanya.

  1. Matcha Strawberi

Gambar: @maikohibar

Matcha strawberi memang salah satu variasi matcha yang sangat popular, tapi tak semua tempat sedap seperti yang dipaparkan dalam gambar. Jadi, sangatlah penting memilih tempat yang betul-betul mahir dalam sediakan kombinasi unik ini agar anda dapat menikmati rasa yang sebenar.

Di Mai Kohi Bar, sebuah kafe kecil dengan berkonsepkan minimalis Jepun yang sangat selesa, anda akan merasai matcha strawberi yang benar-benar membuka deria rasa anda. Mereka menggunakan puree strawberry, bukan susu strawberi, yang menjadikan rasa minuman ini lebih menarik dan istimewa. Jadi bagi semua penggemar manis di luar sana, matcha strawberi ini pasti sesuai dengan sweet tongue anda.

Lokasi: Mai Kohi Bar

Alamat: 36, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

2. Matcha Tebu

Gambar: @eatwithmejom

HEJAÜ, dengan konsep warna popping dan menu eksotiknya, telah menarik perhatian ramai. Dan yang paling menariknya, kafe ini menyajikan pelbagai pilihan makanan dan minuman hanya berasaskan matcha.

Walaupun gabungan matcha dan tebu mungkin kedengaran aneh tetapi kombinasi ini sebenarnya memberikan kejutan rasa. Biasanya, rasa pekat matcha terasa dominan dalam kebanyakkan ‘matcha drinks’, tetapi dalam minuman ini, rasa pekat itu hilang, digantikan dengan rasa yang sangat ‘refreshing’. Rasa yang unik ini membuatkan kedua-dua elemen saling melengkapi, dan matcha dalam minuman ini terasa lebih ringan, berbeza daripada latte matcha biasa.

Lokasi: HEJAÜ

Alamat: The Gasket Alley, Unit 15-10, Lot 15, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

3. Matcha dan Coffee

Gambar: @story.of.ono

Kalau anda keliru antara kopi dan matcha, ‘When Two Worlds Collide’ dari Ono ‘The World’s First Specialty Coffee & Matcha Café’ adalah jawapannya. Gabungan ‘Ethiopian coffee cold brew’ yang sedikit berkarbonat dengan krim matcha yang pekat mencipta rasa yang unik.

Kesegaran cold brew bertemu dengan kelembutan krim matcha, menghasilkan kombinasi yang meliurkan. Ini adalah pilihan yang menarik untuk sesiapa yang ingin merasai kedua-dua dunia dalam satu gelas.

Lokasi: Ono ‘The World’s First Specialty Coffee & Matcha Café

Alamat: 47, Jalan SS 2/30, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down