Langgan

Samsung Mendominasi Dunia Teknologi Menerusi Galaxy AI

Ini review jujur ELLE untuk model terbaru keluaran Samsung.
2 minit untuk membaca
Published: August 28, 2024

Sleek, padat dan seriously stylish. Samsung Galaxy Z Fold6, Z Flip6 dan Galaxy Buds3 Pro adalah gajet paling cool masa kini. Menerusi siri Galaxy Z, Samsung membuka lembaran baharu untuk menaik taraf pengalaman menggunakan telefon bimbit dengan ciri Galaxy AI yang menjadikannya lebih versatil dan fleksibel. ELLE kongsi empat sebab mengapa anda perlu dapatkan gajet daripada Samsung ini:

1. Reka bentuk stylish

Telefon bimbit yang anda bawa mestilah mencerminkan personaliti dan gaya anda juga. Sama seperti aksesori fesyen yang lain, gajet memainkan peranan yang penting dalam melengkapi gaya anda dan tampak lebih cool apabila merakam content. Samsung meneruskan inovasi telefon bimbit foldable menerusi siri Galaxy Z terkini dengan mencipta model lebih slim dan ringan, dioptimumkan untuk kemudahan portabiliti. Daripada skrin besar Galaxy Z Fold ke Galaxy Z Flip FlexWindow, kedua-duanya menawarkan ciri-ciri AI yang cukup mengagumkan.

2. Inovasi teknologi bercirikan kreativiti dan produktiviti

Era baharu teknologi AI yang diperkenalkan oleh Samsung menawarkan pengalaman komunikasi ke tahap yang lebih tinggi. Jika anda minati seni digital, Galaxy Z Fold6 mempunyai ciri-ciri ProVisual Engine, Photo Assist dan Portrait Studio yang dapat merealisasikan kreativiti anda dengan mencipta kandungan content lebih profesional.

Buat yang sering on-the-go pula, Galaxy Z Flip6 merupakan model telefon bimbit yang paling sempurna untuk anda! Inovasi AI Suggested Replies membolehkan anda untuk membalas mesej secara automatik dengan menganalisis mesej terbaharu untuk mencadangkan respon yang sesuai. How cool!

Selain itu ciri-ciri lain seperti Photo Ambient, FlexCam dan Auto Zoom terbaik untuk merakam foto berkualiti tinggi yang menyerlahkan perincian pixel gambar.

3. Keselamatan & perlindungan data lebih optimum

Galaxy Z Fold6 dan Flip6 menggunakan sistem keselamatan perlindungan Samsung Knox yang mempunyai gred pertahanan berlapis dibina untuk melindungi maklumat kritikal, pengecaman ancaman dan perlindungan kolaboratif. Selain itu, Samsung meneraju Galaxy AI dengan memperkasakan sistem tetapan peranti yang lebih kuat berbanding sebelum ini dan membenarkan kawalan penuh ke atas cara anda membenar dan berkongsi data privasi. Safety first, girls!

4. Pengalaman audio premium dengan Galaxy Buds3 Pro

Rekaan ultra sleek dan style-centric Galaxy Buds3 Pro sempurna untuk pengguna yang mementingkan gaya dalam apa jua keadaan. Daripada mendengar lagu dalam perjalanan ke kerja menaiki tren ataupun bersenam, Galaxy Buds3 Pro menawarkan kemudahahan dan estetik dalam masa yang sama.

Jika anda sedang mendengar muzik mahupun podcast, ciri-ciri seperti enhanced 2-way speakers, Dual Amplifiers dan Ultra High Quality menjadikan pengalaman audio anda lebih sofistikated dan jelas.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Samsung atau melawat stor Samsung terdekat anda.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down