Langgan

Sajian Warisan di The RuMa Yang Mewah & Penuh Tradisi

Raikan Ramadan dengan menikmati hidangan yang bernostalgia.
2 minit untuk membaca
Published: February 19, 2025

Ramadan bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi, dan The RuMa Hotel and Residences menyajikan bufet istimewa untuk berbuka puasa yang mengangkat semula cita rasa warisan Malaysia. Nikmati hidangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan dalam suasana yang tenang di SANTAI Pool & Lounge, salah satu ruang makan yang tersedia di The RuMa.

Santai, adalah salah satu area untuk berbuka puasa
SANTAI @ The RuMa

Bufet Sajian Warisan lebih daripada sekadar hidangan berbuka puasa, ia merupakan penghormatan kepada kekayaan kulinari Malaysia yang diwarisi turun-temurun. Dimasak dan dihidang secara rapi dan istimewa oleh barisan chef berbakat dari The RuMa, menu iftar menampilkan hidangan klasik dengan sentuhan moden.

Stesen Laksa

Lima jenis laksa yang mewakili pelbagai negeri di Malaysia oleh Chef Suhalmi yang terkenal dengan kepakarannya dalam hidangan ini.

4 jenis Laksa dari chef Suhalmi
Pelbagai jenis laksa dari negeri-negeri yang berbeza

Nasi Air Kelantan

Hidangan selera kampung daripada Pantai Timur yang diilhamkan oleh Chef Affiq dan disajikan dalam claypot dengan pelbagai pilihan kondimen.

Nasi air menu dari pantai timur
Nasi Air Kelantan dengan pelbagai pilihan kondimen

Stesen Kawah

Menyajikan Gulai Kawah dan Patin Tempoyak yang dimasak secara perlahan dalam periuk kawah tradisional, mengekalkan rasa autentik dan aroma yang menggoda selera.

Stesen kawah yang menyajikan lauk-pauk menggunakan kawah besar
Stesen yang menyajikan lauk-lauk Melayu

Stesen Hidangan Lain-lain

Bukan itu sahaja, bufet Ramadan The Ruma menampilkan pelbagai lagi hidangan klasik seperti satay, ikan bakar, roti john, murtabak, pasembur, serta pencuci mulut tempatan seperti ABC dan cendol.

Bakar-bakar
Hidangan bakar seperti ikan bakar, otak-otak dan banyak lagi

Bufet Sajian Warisan tersedia dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025, bermula dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam, pada harga RM238 seorang. Tetamu yang membuat tempahan awal antara 17 Januari hingga 7 Mac boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 20%.

Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara peribadi, The RuMa turut menawarkan semi-bufet dan hidangan secara hidang, yang diadakan di ruang eksklusif Bilik I dan Bilik II, sesuai untuk suasana yang lebih mesra dan eksklusif.

Bilik ll
Bilik ll untuk majlis persendirian

Tidak dilupakan juga, Serene Escape, pakej penginapan istimewa di The RuMa Hotel and Residences yang boleh ditempah mulai 18 Februari hingga 30 Mac 2025, dengan penginapan tersedia dari 8 hingga 30 Mac 2025, bermula dari RM980+ setiap malam. Pakej ini juga termasuk dengan bufet Sajian Warisan untuk dua orang atau sarapan pagi di ATAS atau sahur didalam bilik, minibar yang dilengkapi sepenuhnya, akses 24 jam ke gim, Wi-Fi dan parking percuma untuk satu kenderaan, satu bilik.

RuMa Suite
RuMa Suite

Untuk tempahan & maklumat lebih lanjut, sila layari www.theruma.com.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down