Rutin petang dapat mempersiapkan diri kita untuk hari seterusnya. Ia bukan sahaja dapat membantu kita menenangkan fikiran malah merehatkan tubuh. Mari lihat beberapa rutin yang anda boleh amalkan untuk menjadikan waktu petang anda lebih santai dan produktif!
@juhcobo 3 hour night routine 🌸 #cleangirlaesthetic #lifestyleaesthetic #aesthetic #grwm #nightroutine ♬ girls just want to have fun - sped up sounds
Aktiviti santai: Untuk menyegarkan tubuh, boleh cuba aktiviti santai ini atau apa sahaja yang anda gemari, asalkan tubuh dapat kembali bergerak dengan lebih baik dan mendapatkan regangan yang memuaskan setelah lama duduk di pejabat.
Hot Shower: Mandi menggunakan air suam atau panas bukan sahaja memberikan rasa nyaman, tetapi juga dapat membantu merehatkan tubuh yang penat setelah melakukan pelbagai aktiviti. Sifat air panas yang menenangkan ini dapat melegakan otot-otot yang tegang dan melancarkan peredaran darah.
Penjagaan kulit wajah: Langkah penting untuk memastikan kulit kekal segar dan sihat pada keesokan harinya adalah dengan tambahan rutin penjagaan kulit yang betul sebelum tidur dan dapat membantu memperbaiki kulit sepanjang malam, menjadikannya lebih berseri dan hidrat seperti memakai cleanser, mask, dan krim malam.
Makanan comfort food: Memasak sendiri di rumah dan menikmati makanan yang sedap dan sihat adalah pilihan terbaik, terutama sekali selepas seharian penat bekerja. Makanan yang disediakan di rumah bukan sahaja lebih sesuai untuk keperluan tubuh, tetapi juga memberi kepuasan kerana kita dapat mengawal setiap bahan yang digunakan dan memasak dari rumah sendiri dapat menjimatkan perbelanjaan harian.
Membaca dan journaling: Luangkan masa selama 15-20 minit setiap hari untuk membaca buku pilihan anda dan menulis jurnal. Aktiviti ini bukan sahaja membantu anda menikmati bahan bacaan yang bermanfaat, tetapi juga memberikan peluang untuk mencatat pemikiran, perasaan, dan refleksi harian anda.