Langgan

Ritual Pagi Bersama Nespresso & The Flow Studio

Nespresso dan The Flow Studio meraikan gaya hidup sihat dengan kempen Unforgettable Morning
1 minit untuk membaca
Published: September 4, 2024

Nespresso memperkenalkan kempen terbarunya, "Unforgettable Mornings," yang memberikan keterujaan menikmati secangkir kopi menjadi sebuah gaya hidup sihat. Nikmati pilihan menu Pumpkin Spice Cake dan Peppermint Pinwheel dan Gingerbread yang dilengkapkan dengan rangkaian koleksi cawan serta botol air darippada Nespresso seperti NOMAD Travel Mug, NOMAD Tumblerdan Loop Coffee Mug.

Bagi menambah keterujaan ritual pagi, Nespresso bekerjasama dengan The Flow Studio untuk meraikan gaya hidup sihat dengan menganjurkan sesi Yoga dan Pilates. Sesi yang akan berlangsung selama sebulan bermula 2 September hingga 1 Oktober 2024 di beberapa awangan termasuk Bangsar, KLGCC, Bukit Jalil, Damansara Heights, Taman Tun Dr Ismail dan Gurney Walk.

Setiap peserta yang menghadiri sekurang-kurangnya enam sesi kempen ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk mesin Nespresso Vertuo Pop, diskaun 20% untuk pembelian setiap satu mesin, kredit kopi bernilai RM100, dan rangkaian aksesori Nespresso dan lainnya.

Kempen Unforgettable Mornings ini menawarkan keseimbangan gaya hidup dengan obsesi menikmati kopi sebahagian daripada ritual kebanyakan warga kota hari ini. Rangkaian produk Nespresso sudah diperakui akan kualiti tidak hanya pada mesinnya tatpi juga pilihan biji kopi yang berkualiti tinggi.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down