Langgan

Raya Kini vs. Raya Dulu-Dulu: yang Mana Lebih Meriah?

Raikan Hari Raya dengan meriah tidak kira diera apa pun kita berada
2 minit untuk membaca
Published: March 29, 2025

Setiap zaman ada keunikannya sendiri. Raya dulu penuh dengan kenangan tradsional, tetapi Raya sekarang lebih praktikal dan moden. Apa yang penting adalah perasaan untuk beraya bersama yang tersayang, berkumpul bersama dan menjalinkan silaturahim. Jom kita bandingkan Raya dulu-dulu dengan Raya kini dan lihat mana yang lebih ‘rasa’ Raya sebenar!

Baju Raya: Jahit Sendiri vs. Beli Siap/Online

Dulu-dulu, baju raya biasanya dijahit sendiri atau ditempah awal sebelum Raya. Ada yang sanggup ke kedai kain untuk pilih corak terbaik dan bawa ke tukang jahit. Kalau terlambat, siaplah dapat baju last-minute yang entah jadi entah tidak!

Kini, baju Raya lebih mudah didapati dengan adanya online shopping, kedai retail daripada pelbagai jenama tempatan. Hanya klik, bayar, dan tunggu baju sampai depan pintu. Malah, ada yang beli sampai tiga empat pasang kerana sukar untuk melakukan perbandingan dan keputusan yang mana lebih cantik!

Gambar: Unsplash

Kuih Raya: Buat Sendiri vs. Tempah

Zaman dulu, dapur rumah penuh dengan aktiviti membuat kuih Raya. Satu keluarga bergotong-royong menggulung batang buruk, menekan samperit dan membakar kuih bangkit. Bau harum kuih yang dibakar sudah cukup untuk menaikkan semangat Raya!

Sekarang? Ramai yang lebih suka beli kuih Raya dari online atau menempah dari orang yang menjual juih raya. Namun begitu, hilanglah kenangan manis buat kuih bersama keluarga.

Gambar: Unsplash

Kad Raya vs. Ucapan Digital

Raya dulu-dulu, posmen sibuk menghantar kad ucapan kepada sanak saudara dan sahabat. Kad Raya yang penuh dengan pantun kreatif dan ucapan yang panjang dan menyayat hati pasti dinantikan setiap tahun. Tidak dilupakan juga untuk gantung semua kad-kad raya sebagai hiasan rumah pada zaman dulu.

Sekarang, kad Raya jarang dijumpai dan digantikan dengan ucapan WhatsApp, Instagram Story, dan TikTok. Ada yang buat video khas guna filter menarik atau guna AI untuk reka gambar sendiri. Senang dan pantas, tapi rasa sentimental kad Raya tetap tidak boleh diganti.

Instagram @loveletter.my

Balik Kampung: Kereta Berhimpit vs. Jalan Raya Lancar?

Balik kampung dulu ibarat satu misi yang penuh cabaran! Jalan sesak berkilometer panjang, kereta lama dengan aircond kurang sejuk dan perlu berhenti di R&R untuk makan bekalan dari rumah.

Sekarang, masih ada kesesakan, tapi lebih banyak pilihan pengangkutan seperti ETS, kapal terbang dan bas ekspres moden. Malah, sesetengah orang memilih untuk balik lebih awal atau selepas Raya untuk elak kesesakan lalu lintas.

Sumber: Unsplash

Duit Raya: Sampul Duit Raya vs. Transfer Duit

Dulu, budak-budak teruja dapat duit Raya dalam sampul berwarna-warni. Ada yang siap kira berapa jumlah terkumpul dan simpan dalam tabung ayam!

Sekarang, duit Raya boleh diberi melalui e-wallet atau bank transfer. Ada juga yang buat QR code khas untuk saudara-mara scan sendiri! Canggih, tapi hilang ‘feel’ bila tak dapat pegang duit kertas dan sampul duit raya yang menarik.

Instagram: @sampul_duit_raya
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down