Ungu meronai acara. Sayap rerama mengindahkan suasana. Disempurnakan lagi dengan persembahan fesyen yang mengharmonikan atmosfera! Pelancaran gah telefon pintar OPPO yang baharu, yakni OPPO Reno13 Series, dijulang meriah, membuka tahun 2025 dengan penuh kesemarakan.
Pada awal tahun ini, OPPO memperkenalkan rangkaian telefon pintar baharu, yakni OPPO Reno13 Series yang menampilkan Reno13 Pro 5G, Reno13 5G dan Reno13 F 5G di Arena Sukan Kuala Lumpur. Berlatarkan kolam renang lapang, dihiasi lagi pentas runway atas air yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Tech Fashion Runway on a Pool’.
Acara besar-besaran ini dimulai dengan pertunjukan fesyen yang dikelolakan dan digayakan oleh penata gaya selebriti Malaysia, Min Luna, Reno Fashion Icon, yang mengatur gaya model-model dalam helaian-helaian ungu (sebagai rona dominan) berserta sayap, sambil masing-masingnya mempamerkan rangkaian telefon pintar OPPO Reno13 Series baharu.
Usai pertunjukan, Janna Nick dan Dini Schatzmann hadir membuat kemunculan sebagai Reno Expert Duo, menerangkan tentang perihal hebat OPPO Reno13 Series baharu kepada audiens. Janna dan Dini memperkenalkan feature penangkapan gambar serta video yang mudah diolah menjadi Livephoto, pengeditan yang senang, malah begitu jelas dari aspek kualiti imej. Perenang negara, Welson Sim, selaku Reno Underwater Expert pula muncul dalam memerihalkan kebagusan OPPO Reno13 Series untuk digunakan di bawah permukaan air, membolehkan fotografi dalam air – mendemonstrasikan penggunaan telefon ini di bawah air di hadapan audiens.
Kecanggihan OPPO Reno13 Series Baharu
Ketiga-tiga rangkaian OPPO Reno13 Series ini menetapkan tanda aras baharu dengan menawarkan keunggulan prestasi dan keupayaan teknologi AI yang jauh ke hadapan sifat modennya.
Teknologi Pengambilan Gambar dan Video
Ia lengkap dengan flagship-level AI features seperti AI Livephoto, AI Editor dan fotografi di bawah permukaan air diperhebat oleh teknologi IP69-rated Water and Dust Resistance. Teknologi-teknologi ini melicinkan pengalaman dalam proses pengambilan gambar serta video, menerusi kehebatan perkakasannya dan perisian intuitif pada rekaan telefonnya yang sleek dan tahan lama. Sememangnya, rangkaian telefon pintar OPPO ini dicipta khas untuk gerombolan pencipta-pencipta kandungan, pemain permainan video dan juga buat pengguna-pengguna harian.
Konsep sayap rerama yang menjadi fokus rekaan rangkaian telefon pintar Reno13 Series ini adalah inspirasi daripada rekaan telefon yang kelihatan bold dengan bancuhan idea teknologi bersama fesyen.
Menyentuh tentang spesifikasi telefon pintar ini pula, terutama sekali Reno13 Pro 5G, ia menampilkan platform MediaTek Dimensity 8350, paparan 1.5K 120Hz OLED, bateri 5,800mAh dengan 80W SUPERVOOC Flash Charge serta teknologi Adaptive Frame Booster[1] untuk kelancaran dan high frame rate gaming.
Ia dilengkapi Infinite View Screen bersama Ultra-Thin Bezels yang menambah kejelasan pemandangan kita pada paparan skrin. Begitu juga dengan Reno13 5G yang bukan sahaja menampilkan paparan 1.5K OLED dengan dukungan untuk 120Hz refresh rate, malah paparan skrinnya juga diperakui untuk HDR10+, Amazon HD&HDR dan Netflix HD&HDR.
Reno13 F 5G tersedia dalam rekaan slim, dengan keringanan 192g. Ia disempurnakan lagi dengan 120Hz Smart Adaptive Screen untuk pengalaman hiburan imersif sepanjang penggunaannya. Melanjutkan bicara fasal skrin Reno13 F 5G, ia pula dilengkapi solusi perkakasan low-blue-light yang menyelesakan pandangan mata pengguna, tanpa kira pencahayaan pada masa itu. Malah tidak menyakitkan mata di bawah suasana pencahayaan kurang.
Harga-harga OPPO Reno13 Series :
Model Telefon | Varian | Warna | Harga (RM) |
OPPO Reno13 Pro | 12GB + 512GB | Plume PurpleGraphite Grey | 2,999 |
OPPO Reno13 | 12GB + 512GB | Plume WhiteLuminous Blue | 2,599 |
12GB + 256GB | Plume WhiteLuminous Blue | 2,299 | |
OPPO Reno13 F | 12GB + 512GB | Plume PurpleGraphite Grey | 1,799 |
12GB + 256GB | Plume PurpleGraphite GreyLuminous Blue | 1,499 | |
8GB + 256GB(*only available on OPPO E-comm channels) | Plume PurpleLuminous Blue | 1,399 |