Fasa break-up memang sangat perit, tetapi ELLE berada disini untuk meyakinkan bahawa ia tidak sepatutnya menjadi titik akhir tetapi permulaan gaya hidup yang baharu! Post-break up glow up bukan sahaja mementingkan penampilan, ia juga tentang penggunaan fesyen, penjagaan diri dan memulakan rutin harian untuk menemukan semula diri sendiri.
1. Perubahan estetik
Jangan risau, ELLE takkan sabotaj dan menyuruh anda untuk cuba gincu hitam, atau tambah tindikan pada hidung. Glow up dalam perubahan estetik boleh bermula dengan pekara asas seperti pemilihan pakaian, gaya rambut dan solekan wajah. Salah satu coping mechanisms yang paling biasa dilakukan adalah, you guessed it, bangs! Potongan ini mampu mengubah bentuk wajah secara serta-merta dan yang menariknya, ia juga mengambil masa untuk tumbuh semula, seolah-olah memberi ruang untuk anda sembuh perlahan-lahan. Perubahan kecil, tetapi impaknya cukup besar.
2. Melabur untuk diri sendiri
Jika dulu anda kerap membeli hadiah untuk bekas kekasih yang langsung tidak menghargainya, kini tiba masanya untuk berbelanja demi diri sendiri! Fikir semula apa yang selama ini anda idamkan tetapi sering ditangguhkan? Mungkin lilin beraroma, alat solek baharu atau dress bodycon yang membuat anda rasa yakin. Ingat, anda layak diraikan.
3. Ritual sebagai survival
Selalu menangis dan patah hati apabila melihat kembali gambar, surat dan bunga yang diberi? Buang sahaja semuanya selepas breakup (ataupun untuk efek lebih dramatik, bakar!). Singkiran barang-barang bukan sahaja untuk membuang sentimen, tetapi juga untuk attachment. Relakan diri untuk melepaskan.

4. Datingโฆ seorang
Ziarah zoo, memancing, piknik ataupun karaokeโฆ banyak perkara yang anda boleh lakukan sebagai aktiviti dating dengan kawan-kawan mahupun secara sendiri. Daripada mencari rebound, lebih wajar kalau anda fokus kepada cinta yang mendalam dengan diri sendiri. Self love, baby.

5. Frasa "Catch and Release"
Ingatlah, kesakitan yang anda rasa hanyalah sementara sebelum sesuatu yang lebih baik hadir menggantikan. "Catch and release" adalah satu frasa yang sering ELLE ingatkan pada diri sendiri tatkala kemelutan emosi melanda. Kekalkan melakukan penjagaan diri, izinkan diri merasa gelombang kesedihan bila perlu, tetapi jaga-jaga agar tidak tenggelam bersamanya.

Sumber gambar: Pexels