Tanya mana-mana pengguna Apple, tiada yang dapat menandingi kelancaran ekosistem Apple, daripada prestasinya yang intuitif sehinggalah reka bentuknya yang moden dan bergaya. Tidak hairanlah setiap produk Apple menjadi pilihan hadiah yang sempurna untuk menzahirkan penghargaan anda di penghujung tahun. Jika anda, seperti kami, tidak boleh hidup tanpa peranti Apple, berikut ialah senarai pilihan hadiah khas ELLE untuk insan istimewa anda.
iPhone 17 Pro

“Ini pilihan yang jelas. Selepas menggunakan iPhone 17 Pro dengan tiga kamera Fusion 48MP, saya tidak dapat membayangkan kembali ke model lain. Fitur zoom 8x sangat berguna ketika saya mengembara dan merakam kandungan selebriti semasa minggu fesyen. Dengan reka bentuk baharu yang menyerlah dan dikuasakan cip A19 Pro, ia menawarkan prestasi, jangka hayat bateri dan sistem kamera terbaik yang pernah ada pada iPhone. Hadiah impian untuk pencipta kandungan, jurugambar, pembikin filem dan sesiapa sahaja yang mahukan yang terbaik. Dan apa pun kata orang, orange is definitely the new 'IT' colour!"
– Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang
MacBook Air

“Saya telah menggunakan MacBook hampir sepanjang kerjaya saya dan tiada yang menandinginya untuk kegunaan harian dan mobiliti. Model ini hadir dengan peningkatan ketara dari segi prestasi dan jangka hayat bateri hasil cip M4. Dengan rangka aluminium yang tahan lasak, ia sangat ringan dan nipis, kurang daripada setengah inci. Bagi mereka yang sentiasa bergerak dan bekerja dari kafe, model 13 inci ini menawarkan tahap mudah alih terbaik. Warna terbaru Sky Blue juga cukup stylish – who can resist?
— Ardi Idewani, Pengarang Urusan
iPad Pro

“Bagi saya, iPad Pro ini satu keperluan asas terutama untuk ilustrator, pereka grafik dan penyunting foto. Dengan cip M5, ia menawarkan pengalaman iPad paling canggih setakat ini, menawarkan kuasa dalam reka bentuk yang ultra mudah alih. Prestasi AI yang dipertingkatkan sangat membantu, sama ada untuk meneroka projek kreatif yang lebih berani atau menyokong aliran kerja harian dengan lebih pantas dan cekap. Ditambah pula dengan iPadOS 26 yang membuka lebih banyak kemungkinan, serta sokongan Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard yang nipis dan ringan, menjadi rakan kerja ideal tanpa kompromi.”
— Iera Nadzlim, Pengarah Seni Kanan
iPad Air

“Memandangkan saya sentiasa bekerja secara on-the-go, iPad Air benar-benar menepati gaya hidup saya. Sebab itu saya mengesyorkannya kepada sesiapa yang mempunyai rutin serupa. Tersedia dalam dua pilihan saiz, iPad Air dengan cip M3 membawa prestasi dan kemudahalihan ke tahap yang lebih tinggi. Dengan iPadOS 26, sokongan Apple Intelligence, kamera yang canggih, sambungan 5G yang pantas serta keserasian dengan Apple Pencil Pro dan Apple Pencil (USB-C), iPad Air baharu menawarkan pengalaman yang seimbang antara produktiviti dan fleksibiliti, tanpa kompromi.”
— Sri Azni, Pengarah Digital
AirPods 4

“Bagi saya, mendengar muzik ialah cara paling mudah untuk saya relaks dan ‘reset’. Sejak guna AirPods 4, pengalaman mendengar muzik terasa jauh lebih sedap. Ia earphones open-ear paling selesa yang pernah Apple hasilkan dan kualiti bunyinya memang tiada tandingan. Dengan cip H2, bunyi jadi lebih jelas dan seimbang dan ciri pintarnya pula buat urusan angkat panggilan atau bercakap dengan Siri jadi lebih mudah tanpa gangguan. Ringkasnya, ini teman harian yang saya takkan tinggal.”'
— Hafizan Mohd, Pengarang Rencana & Horologi
iMac

“Perkara pertama yang mencuri perhatian saya ialah reka bentuknya yang kemas serta pilihan warna yang membolehkan kita mengekspresikan personaliti, sama ada di rumah mahupun di pejabat. Namun, lebih daripada itu, sebagai seorang pereka grafik, saya boleh katakan iMac benar-benar mampu melakukan segalanya. iMac baharu dikuasakan cip M4 yang berprestasi tinggi dan dilengkapi Apple Intelligence, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keperluan. Sebagai komputer all-in-one, ia menawarkan prestasi hebat, paparan Retina 4.5K 24 inci dengan pilihan nano-tekstur, kamera 12MP Center Stage serta sambungan Thunderbolt 4. Semuanya hadir dalam reka bentuk ultra nipis yang bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal untuk kerja kreatif harian.”
— Nabihah Nuur, Pereka Grafik Kanan
HomePod mini

“Bagi saya, HomePod mini bukan sahaja untuk mendengar muzik. Ia sudah jadi sebahagian daripada rutin harian di rumah. Dengan Siri, semuanya boleh dibuat secara hands-free. Daripada membuat panggilan sehinggalah menghantar mesej Intercom kepada ahli keluarga di bilik lain. Saiznya kompak, reka bentuknya ringkas dan cantik. Tapi jangan tertipu, kualiti bunyinya memang mengagumkan. Secara ringkas, ia kecil, bijak dan sangat praktikal.”
— M. Ridhwan Sa’aya, Pengarang Rencana Bersekutu
Apple Watch Series 11

“Sejujurnya, saya memang obsessed dengan ciri skor tidur sejak mula menggunakannya. Sampai rasa semua orang patut cuba. Saya juga kerap menjejak aktiviti kecergasan harian, jadi Apple Watch Series 11 memang sesuai dengan rutin saya. Ia menawarkan set ciri kesihatan paling menyeluruh setakat ini, termasuk notifikasi hipertensi dan pemantauan tidur yang lebih terperinci dengan hayat bateri sehingga 24 jam. Ditambah pula dengan paparan yang dua kali lebih tahan calar serta reka bentuk paling nipis dan selesa, ia menjaga kesejahteraan saya tanpa pernah mengorbankan gaya.”
— Hani Natasha, Penulis Digital & Gaya Hidup

