Muzik hari ini menjadi satu elemen penting dalam kehidupan seharian kebanyakan orang. Pengalaman menikmati sistem audio yang mampu menangkap keseluruhan bunyi memberi justifikasi kepada produksi muzik bertaraf dunia. Jadi apalah ertinya muzik terbaik dihasilkan pemuzik global jika tidak dinikmati dengan pengalaman sistem bunyi yang terbaik.
Dalam memastikan pengalaman ini dapat dinikmati sepenuhnya pendengar, Samsung menaik taraf sistem audio earbuds dengan teknologi terkini. Diperhalusi dengan sistem bunyi dual amp yang mampu menangkap bunyi dengan kejelasan terbaik, Samsung Galaxy Buds3 Pro ini disempurnakan dengan sistem bunyi dua arah. Bagi memastikan bunyi bersih dan jelas setiap sudutnya dilengkapkan dengan CODEC 24-bit yang menyatukan data bunyi menjadi satu sistem yang solid.
REKAAN ERGONOMIK
Saiz yang cukup sederhana melekap di ruang pendengaran secukupnya untuk pengguna mendapatkan kedapan suara luar yang terbaik. Pertama kali saya menggunakannya seakan ada satu efek yang membawa saya ke dunia sendiri. Sebelum lagu dimainkan, sistem audio Samsung ini dengan mudahnya melekap di telinga dan menutup terus bunyian luar.
Saat lagu dimainkan ketika saya menaiki LRT tiada lagi bunyi luar yang kedengaran. Pengalaman menikmati sistem bunyi yang sebaik ini ternyata membuat saya jauh melayang melayani lagu yang saya pilih untuk dimainkan. Getah di bahagian luarnya juga cukup lembut dan tidak terlalu terasa memberi tekanan pada telinga.
Rekaan luar yang dipanggil blade design disematkan di bahagian tepi dengan lampu LED. Dua warna iaitu silver dan putih diadaptasi dalam edisi terkini Galaxy Buds3 Pro ini. Bekas luarnya yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C dengan kapasiti maksima. Saya menggunakan earbuds ini hampir seminggu tanpa perlu dan ketahanan bateri cajnya begitu lama.
GAUNG BUNYI YANG MAKSIMA
Sistem bunyi dinamik yang ada pada edisi kali ini benar-benar memberi kepuasan saya menikmati sistem bunyi. Daripada jaluran muzik Pop Sabrina Carpenter saya beralih pada beat keras lagu-lagu Hip-Hip daripada Drake dan Jazz alunan Laufey - kesemuanya memberi pengalaman bunyi terbaik yang saya dapat.
Bayangkan jika anda di pantai menikmati pemandangan indah dengan melayani alunan kemerduan suara Laufey dengan ilham muziknya yang menyenangkan. Disapa angin lembut yang membelai. Inilah pengalaman gaya hidup yang ditawarkan Samsung dalam melengkapkan aktiviti anda tidak kira ketika sibuk di hari bekerja malah juga di kala berpergian.
Sebagai penggemar muzik dan sentiasa menikmatinya Galaxy Buds3 Pro ini memberi kepuasan maksima untuk saya sebagai pendengar. Tidak lagi terganggu dengan bunyian luar, earbuds ini berfungsi penuh bagi memberi kepuasan sebenar menikmati muzik. Tambahan pula dengan penampilan yang cukup dinamik dan ergonomik, earbuds ini menepati kehendak gaya hidup hari ini.
Apa yang ditawarkan peranti ini adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan terutama bagi anda yang benar-benar mahu menikmati muzik dengan sistem bunyi yang maksima. Namun ternyata ia tidak itu sahaja, satu perkaara lagi yang saya sukakan tentang sistem audio Galaxy Buds3 Pro ini adalah kemampuan menerima panggilan luar dengan cukup jelas dan tanpa gangguan.
Sistem bluetooth dengan teknologi Auracast membenarkan transmisi bunyinya dapat dinikmati dengan satu pengalaman berbeza. Ini adalah sistem terbaik yang ada jika anda mahu memaksimakan pendengaran yang cukup terperinci.
Samsung Galaxy Buds3 Pro adalah belian paling berbaloi dengan harga jika anda mencari sesuatu yang tidak hanya memiliki sistem bunyi yang baik tetapi daya tahan, rekaan menarik dan juga memenuhi kehendak gaya hidup masa kini.