HAPPY MISTAKE - LADY GAGA
Lady Gaga kembali menghangatkan radar muzik global dengan kemunculan album yang paling dinanti tahun ini. Baru saja beberapa bulan lalu mengedarkan single berjudul "Die With a Smile" bersama Bruno Mars, kali ini diatampil solo dengan single Happy Mistake yang turut menjadi focus track untuk filem lakonannya Joker yang sedang ditayangkan di pawagam.
ASUMSI - ADRIAN KHALIF & BERNADYA
Dua bintang seberang yang begitu meningkat naik - Bernadya dan Adrian Khalif berkongsi pemikiran dan idea kali ini dalam sebuah persembahan kolaborasi "Asumsi". Lagu yang diciptakan Bernadya bersama Adrian Khalif, Rendy Pandugo dan Iqbal Siregar ini menjadi single pertama album kedua Adrian Khalif berjudul "Harap-Harap Emas".
WHAT A GIRL WANT - CHRISTINA AGUILERA & SABRINA CARPENTER
Christina Aguilera meraikan ulang tahun ke-25 album perdananya yang memuatkan hits seperti "Genie in a Bottle", "I Turn to You" dan "Reflection". Album yang dirakam secara langsung ini turut menampilkan kolaborasi Christina bersama bintang meningkat naik Sabrina Carpenter menerusi rakaman semula "What a Girl Want". Album ini merupakan penerbitan khusus Spotify.
GOOD OLD DAYS - HENRY MOODIE
Bintang muda yang cukup popular di TikTok dengan lagu "drunk text" ini hadir dengan EP terbarunya berjudul "good old days". Menampilkan enam lagu keseluruhannya yang mengendong ilham Pop dan Balada yang bersulam lirik patah hati dan cinta muda mudi. good old days menjadi focus track album ini dalam menambat perhatian pendengar.
SOS - FIFTY FIFTY
Ledakan K-Pop bagai belum bertemu penghujungnya. Kali ini giliran FIFTY FIFTY pula bersinar dengan EP mereka Love Tune yang diedarkan minggu lalu. Singe "SOS" menjadi pertaruhan mereka bagi menarik minat pendengar muzik global yang menggilakan muzik K-Pop. Cukup catchy dan menjerat dengan sekali pendengaran.
SAMUDERA - AISHA RETNO
Aisha Retno mengemudi pasaran muziknya dengan begitu berani. "Samudera" menjadi pertaruhan yang cukup berbeza dengan apa yang ada di pasaran muzik tempatan. Elemen muzik EDM disatukan dengan muzik tradisi yang banyak dimainkan dalam persembahan Mak Yong dan Dikir Barat. Aisha bersama dua lagi komposer muda Glowrush dan Karazey menghasilkan sesuatu yang cukup mampu dibanggakan.