
Diinspirasikan daripada nostalgia era 90-an, Nespresso menyerlahkan pengalaman menikmati kopi dengan cara yang paling menarik. Menggabungkan penghasilan secangkir kopi dengan manisan seperti ais krim, Koleksi musim panas Nespresso ini dicipta untuk gaya hidup musim panas yang mengujakan.
Bermula 1 sehingga 30 Jun 2025 ini peminat kopi dan gelato boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif. Di butik terpilih Nespresso bagi setiap pembelian Summer Gift Box Nespresso pembeli akan menerima baucar istimewa ‘Beli 2 pint, Percuma 1 pint’ di Paolo Paolo Gelato. Kesemuanya bergantung sementara stok masih ada.

Kolaborasi Bersama Paolo Paolo Gelato
Satu kolaborasi istimewa bersama jenama manisan, Paolo Paolo Gelato memberi peluang pelanggan membeli perisa terpilih berpeluang mendapatkan kopi ais Nespresso secara percuma. Lebih menarik, bagi setiap pembelian RM25 dalam satu resit pelanggan boleh membawa pulang baucar diskaun 10 peratus untuk pembelian Nespresso Vertuo Pop - Pistachio Green.
Sempurnakan pengalaman musim panas dengan resipi istimewa yang diperkenalkan Nespresso. Pistachio Vanilla Iced Oatmilk Latte menjadi menu sajian berkrim buat pencinta pistachio yang menggabungkan kapsul Pistachio Vanilla Over Ice bersama oat milk.
Untuk menerbitkan suasana musim panas tropika, Coconut Vanilla Mint Iced Coffee memadukan kapsul Coconut Vanilla Over Ice dengan air kelapa segar, sirap vanila dan daun pudina — Ia dihasilkan menerusi teknik Iced Nitro eksklusif Nespresso ia itu satu proses menghasilkan buih halus dan licin di setiap tuangan.