Muzium di Malaysia bukan sekadar tempat barang lama atau bersejarah, tetapi ia adalah jendela masa yang menghubungkan kita dengan warisan dan kisah silam yang membentuk budaya dan identiti Malaysia sehingga kini. Jom terokai 7 muzium ini untuk anda yang sukakan sejarah dan budaya, terutama sekali daripada Malaysia!
Muzium Negara (Kuala Lumpur)
Muzium Negara adalah muzium yang paling ikonik di Malaysia! Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Muzium Negara menyimpan khazanah sejarah negara dari zaman prasejarah, kesultanan Melayu, sehinggalah ke era kini. Galeri interaktif dan pameran visualnya yang sangat menarik, sesuai untuk anda yang inginkan pengetahuan lebih tentang sejarah.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM2
Kanak-kanak - Percuma
Bukan Warganegara
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM2
Muzium Telekom (Kuala Lumpur)
Nak tahu bagaimana cara berkomunikasi pada zaman dulu-dulu? Muzium Telekom yang terletak di bangunan kolonial di bandar Kuala Lumpur memaparkan evolusi teknologi telekomunikasi di Malaysia. Anda boleh lihat telefon lama, mesin telegraf dan pelbagai alat komunikasi yang lain. Muzium ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat menarik untuk yang sukakan teknologi dan sejarah.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM6
Kanak-kanak - RM3
Bukan Warganegara
Dewasa - RM11
Kanak-kanak - RM5
@bencharr Free place to visit in Kuala Lumpur it's free free free!! #museumtelekomunikasi #muziumtelekom #museuminkl ##placetovisitinkl #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #museumtelekom #kualalumpurmalaysia🇲🇾 #kualalumpurcity #placetovisit ♬ girls like me don't cry (Sped Up) - thuy
Muzium Perang Penang (Pulau Pinang)
Jika anda sukakan kisah perang dan sejarah 'gelap', muzium ini wajib anda kunjungi bersama kawan-kawan. Terletak di Bukit Batu Maung, muzium ini dahulunya adalah sebuah kubu pertahanan British semasa perang dunia kedua dan dikenali sebagai tempat paling berhantu di Asia.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM22
Kanak-kanak - RM12
Bukan Warganegara
Dewasa - RM38
Kanak-kanak - RM20
@iivanstephanos Penang War Muzium. 👍#warmuzium #warmuziumpenang #penang #haunted #hauntedplace ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator
Borneo Cultures Museum (Kuching, Sarawak)
Ini antara muzium tercantik dan paling moden di Malaysia! Borneo Cultures Museum adalah muzium budaya kedua terbesar di Asia Tenggara. Reka bentuknya yang sangat moden dan kandungannya pula penuh dengan maklumat tentang budaya etnik Borneo seperti Iban, Bidayuh dan banyak lagi.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM10-RM20
Kanak-kanak - RM5
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
Bukan Warganegara
Dewasa - RM50
Kanak-kanak - RM20-RM25
@placesmalaysia Malaysia’s LARGEST Museum! 😍🇲🇾 . 📌 It’s Borneo Cultures Museum, located in Kuching. This is the largest museum in Malaysia and the second largest in Southeast Asia! 🏆 With five floors of interactive exhibits, it offers a deep dive into Sarawak’s rich cultural and natural heritage✨. . 🎟️ Ticket Prices: 👉 Children (12 & under) – FREE 🇲🇾 👉 Students (13–17) – RM5 (Malaysians & Sarawakians with student ID) 👉 Adults (18–60) – RM20 (Malaysians & Sarawakians), RM50 (non-Malaysians) 👉 Seniors (61 & older) – RM5 (Malaysians & Sarawakians), RM25 (non-Malaysians) . Borneo Cultures Museum 📍 Jalan Tun Abang Haji Openg, 93400 Kuching, Sarawak (next to Padang Merdeka) 📞 082-548 215 ✅ 9 AM – 4:45 PM (Mon - Fri) ✅ 9:30 AM – 4:30 PM (Weekends) ❌ Closed on public holidays . #BorneoCulturesMuseum #Kuching #Sarawak #CulturalHeritage #MalaysiaMuseum #InteractiveExhibits #VisitSarawak ♬ That’s So True - Gracie Abrams
Muzium Tekstil Negara (Kuala Lumpur)
Siapa sangka tekstil juga boleh menjadi sangat menarik? Muzium Tekstil Negara mempamerkan keindahan dan kehalusan seni tekstil tradisional Malaysia seperti songket, batik dan tenunan. Terletak berdekatan Dataran Merdeka, jadi ia mudah untuk sesiapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM1-RM2
Kanak-kanak - Percuma
Bukan Warganegara
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM2
@muziumtekstil Jom datang ke Muzium Tekstil. credit to @ainiey_nora 👏👏👏 #textilemuseum #tekstil #museum #pameran #muzium #muziumtekstil #fyp #muziumtekstilnegara #textile ♬ original sound - Muzium Tekstil Negara
Memorial Tunku Abdul Rahman (Kuala Lumpur)
Didedikasikan khas buat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, memorial ini menyimpan pelbagai memori, foto, dokumen, barang peribadi dan kawasan perumahan beliau. Anda boleh hayati kisah dimana beliau memperjuangkan kemerdekaan negara.
*Masuk adalah percuma
@jannahabdrahman Kenapa muzium secantik ni sunyi? Kalau jalan atas sikit korang akan nampak rumah residen Tunku Abdul Rahman yg sangat majestic dan classy, plus ni memang kediaman rasmi Tunku dulu. 📍 Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur 9am - 5pm (Monday closed) #muzium #memorial #memorialtunkuabdulrahmanputra #museum #oldhouse #kualalumpur #vintage ♬ الصوت الأصلي - Prince 🎧
Muzium Istana Kesultanan Melaka (Melaka)
Dibina semula berdasarkan Istana Sultan Melaka yang asal, muzium ini seakan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Terletak di kaki Bukit St.Paul, ia memaparkan pakaian diraja, adat istiadat dan sejarah kerajaan Melaka yang hebat suatu ketika dulu.
Tiket:
Warganegara
Dewasa - RM10
Kanak-kanak - RM5
Bukan Warganegara
Dewasa - RM20
Kanak-kanak - RM10
@eizreeeeen Dah byk kali pergi melaka tapi first time baru sampai. Nice jugak! ✨ #vlog #travel #longervideos #longervideo #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia ♬ Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策