Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan kerjasama strategik untuk mentakrifkan semula perkhidmatan mewah Private Terminal Transfer. Perkhidmatan eksklusif ini sudah bermula sejak 16 Januari 2025 dengan menggunakan model Mercedes-Benz S 580 e Plug-in Hybrid dan EQS 500 4MATIC, memastikan perjalanan lancar bagi ahli Enrich Platinum dan Gold, penumpang Business Suite dan Business Class.
Kerjasama ini menawarkan #MyMercedesRewards eksklusif, akses ke acara mewah terpilih dan pengalaman perjalanan premium. Bermula 1 Mac 2025, pelanggan baru Mercedes-Benz juga dapat menikmati akses sepanjang tahun ke perkhidmatan premium ini.
Kerjasama ini menetapkan piawaian baru dalam luxury travel, menggabungkan inovasi, sofistikasi dan perkhidmatan bertaraf dunia.