Mercedes-Benz Malaysia dalam rangka meneruskan keterujaan peminat kenderaan mewah memperkenalkan enam lagi model terbaru menerusi kempen yang diberi nama Luxury Like No Other. Model terbaru yang diperkenalkan adalah Mercedes AMG G63 dan AMG SL 63 4MATIC+. Turut diperkenalkan model Mercedes AMG GLE 63 4MATIC+ dan GLE 63 S 4MATIC+ serta dua lagi model hybrid.
Nadia Trimmel, Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Malaysia berkata Luxury Like No Other menampilkan kenderaan berkuasa tinggi kami sebagai fokus utama. "Apa yang ditawarkan tidak hanya tentang ilham mewah tetapi pada masa yang sama menjadi pilihan pengguna sejak sekian lama.” Tambahnya lagi, setiap model sama ada Mercedes-AMG G-Class atau GLC Coupé mewujudkan usaha berterusan jenama ini dalam membentuk inovasi, ketepatan dan kualiti yang unggul.
Satu majlis previu bersama media berlangsung di showroom Mercedes-Benz AutoHaus, Mutiara Damansara diadakan dengan pengenalan dua segmen dianiktaraf iaitu SUV & Roadster. Pengunjung yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang informasi setiap model yang diperkenalkan juga boleh terus ke showroom yang dibuka untuk umum. Berikut senarai harga yang diumumkan:
1) Mercedes-AMG G63 - RM1,948,888
2) Mercedes-AMG SL63 4MATIC+ - RM1,898,888
3) Mercedes-AMG GLE 63 S 4MATIC+ (SUV) - RM1,191,888
4) Mercedes-AMG GLE 63 S 4MATIC+ (COUPÉ) - RM1,229,888
5) Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC COUPÉ - RM498,888
6) Mercedes-Benz GLC 350e 4MATIC Coupé - RM425,888