Langgan

Mercedes-Benz GLC Elektrik & CLA 200: Mendefinisikan Semula Kemewahan Mobiliti

Dua pilihan untuk gaya hidup berbeza.
2 minit untuk membaca
Published: September 21, 2026
(Kiri) Martin Schulz, CEO & President, Mercedes-Benz Cars Malaysia & Head of Region, Mercedes-Benz Cars Southeast Asia, dan (kanan) Kevin Barbian, Chief Operating Officer (COO), Mercedes-Benz Cars Malaysia.

Era elektrifikasi Mercedes-Benz semakin jelas dengan kemunculan dua model baharu yang bakal mencuri perhatian peminat automotif di Malaysia — Mercedes-Benz GLC elektrik serba baharu dan Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line serba baharu.

Kedua-duanya diperkenalkan dalam sesi preview di Singapura oleh Mercedes-Benz Malaysia, dengan masing-masing membawa karakter tersendiri. GLC tampil sebagai wajah baharu SUV elektrik Mercedes-Benz, manakala CLA 200 AMG Line menawarkan pilihan dengan enjin pembakaran dalaman bagi mereka yang masih mahukan fleksibiliti rangkaian kuasa konvensional.

GLC Elektrik: Ikon Lama, Jiwa Baharu

GLC bukanlah nama asing dalam keluarga Mercedes-Benz. Sebagai antara model terlaris jenama itu di peringkat global, generasi terbaharu ini mengambil formula yang sudah dikenali dan membawanya ke era elektrik.

Dari segi gaya, ia masih mudah dikenali sebagai sebuah GLC, tetapi pendekatannya lebih moden dan minimalis. Di sebalik penampilannya yang elegan, SUV ini dibangunkan khusus untuk memberikan pengalaman pemanduan elektrik yang lebih matang daripada prestasi hinggalah kepada jarak perjalanan.

Angka prestasinya juga agak menarik. GLC elektrik baharu menghasilkan sehingga 310 kW kuasa E-Drive dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 616 km berdasarkan WLTP.

Lebih menarik, teknologi sistem elektrik 800 volt membolehkan sehingga 255 km jarak tambahan diperoleh dalam hanya 10 minit pengecasan, bergantung kepada keadaan pengecasan yang sesuai.

Bagi pengguna yang semakin biasa dengan gaya hidup elektrik, ciri seperti ini mungkin lebih bermakna daripada sekadar angka prestasi terutamanya apabila perjalanan jauh dan masa mengecas menjadi sebahagian daripada rutin harian.

CLA 200 AMG Line: Masih Ada Tempat Untuk Enjin Konvensional

Jika GLC membawa Mercedes-Benz lebih jauh ke dunia elektrik, CLA 200 AMG Line serba baharu mengambil laluan yang berbeza.

Dipasang secara tempatan, model ini menjadi pilihan dengan enjin pembakaran dalaman yang melengkapi CLA elektrik yang telah diperkenalkan sebelum ini. Reka bentuknya kekal sporty dengan sentuhan AMG Line, sementara bahagian dalamannya memberi penekanan kepada keselesaan dan pengalaman premium yang sinonim dengan CLA.

Menariknya, Mercedes-Benz meletakkan CLA 200 ini sebagai antara model enjin pembakaran dalaman paling cekap dalam segmennya.

Pendekatan tersebut menunjukkan bahawa peralihan kepada elektrifikasi tidak semestinya berlaku dalam satu bentuk sahaja. Sebaliknya, Mercedes-Benz menyediakan pilihan rangkaian kuasa berbeza untuk pelanggan dengan keperluan dan gaya hidup yang berbeza.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down