Langgan

Mendasari Kepentingan Kesihatan ARC Holistic Wellness

Sebuah pengalaman kesihatan menyeluruh
2 minit untuk membaca
Published: December 9, 2025
Ruang utama ARC Holistic Wellness

Penjagaan kesihatan secara holistik bergantung seluruhnya pada keseimbangan pada gaya hidup. ARC Holistic Wellness diasaskan pada tahun 2024 oleh Diana Koon dan Justin Dee, memberi pentakrifan semula cara terbaik untuk rakyat Malaysia mendapatkan rehat, pemulihan dan penjagaan diri.

Bagi Diana, inspirasi itu bersifat peribadi. “Selepas bergelar ibu, saya menyedari betapa besar pengaruh gaya hidup dan pemakanan kita terhadap generasi akan datang,” katanya. “Saya ingin membina sebuah ruang yang membantu orang ramai memulihkan keseimbangan sebelum penyakit mula muncul.”

Justin Dee san Diana Koon pengasas ARC Hollistic Wellness.

Bersama Justin, yang sebelum ini berpengalaman dalam bidang pengiklanan, menemui makna baharu melalui terapi bunyi selepas hampir dua dekad menetap di China, mereka berdua menubuhkan ARC—satu nama yang diinspirasikan daripada perkataan “ark”, iaitu perlindungan dan pembaharuan.

Falsafah yang berpegang pada teras “Regain Your Beautiful State” merangkumi sebuah kesejahteraan adalah satu keseimbangan tubuh badan dan minda.

Rawatan Holistik

Proses rawatan bermula dengan sesi urutan, terapi cahaya, cold plunge dan sauna bagi membebaskan ketegangan dan diikuti dengan terapi garam. Apa yang menarik perhatian saya adalah sesi Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) diperkenalkan dengan alunan muzik tradisi Tibet yang sinonim dengan pemulihan selular dan emosi.

Pusat ini turut menempatkan ruang HBOT yang luas selain bilik rawatan peribadi yang direka khusus untuk sesi penuh privasi yang mencerminkan misi ARC untuk menjadikan kesejahteraan integratif lebih mudah diakses serta berlandaskan kesan yang oprtimum.

Keistimewaan ARC ada pada pelan perawatan yang khusus dengan harga berpatutan. Berpegang pada etika bahawa kesejahteraan tidak seharusnya hanya eksklusif untuk golongan tertentu sahaja. Di sini pelanggan merangkumi golongan profesional sehingga atlet yang mahu mengoptimumkan prestasi.

Justin menambah “Terapi bunyi dan oksigen mungkin kedengaran seperti sesuatu yang begitu berbeza namun apabila ia disatukan, ia mampu memberikan ruang rehat yang menyeluruh dan lebih baik."

Justin juga merupakan seorang Tibetan Singing Bowl Practitioner bertauliah serta jurulatih yang diiktiraf HRDC. “Kami menggunakan peralatan moden dengan kaedah warisan dan kemudian menyesuaikan urutannya mengikut keperluan sebenar setiap tubuh.” Tambahnya lagi

 

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down