Langgan

May The Fourth Disambut Dengan Pengalaman Imersif LEGO Star Wars

May The Fourth be with you!
2 minit untuk membaca
Published: May 20, 2026

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, kolaborasi antara LEGO dan Star Wars berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam dunia budaya pop. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai koleksi permainan kanak-kanak kini berkembang menjadi antara kolaborasi paling berpengaruh dan bertahan lama, merentasi generasi peminat di seluruh dunia.

Dunia LEGO dan Star Wars kembali dihidupkan menerusi pengalaman imersif sempena sambutan May The Fourth di Sunway Pyramid. Acara ini berlangsung dari 29 April hingga 10 Mei 2026 dan menampilkan pelbagai tarikan menarik buat peminat Star Wars. 

star wars

Acara ini tampil dengan rekaan menyerupai kubu ikonik Darth Vader. Struktur istana gergasi ini dibina sepenuhnya menggunakan bongkah LEGO. Malah, terdapat juga paparan hologram Death Star yang menarik perhatian. Selain itu, pengunjung boleh melangkah masuk ke dalam Hyperspace Tunnel. Laluan eksklusif ini mempamerkan evolusi penuh set LEGO Star Wars selama 27 tahun bermula daripada Darth Maul Bust klasik sehinggalah koleksi terbaharu.

Join the Playful Side: Aktiviti Untuk Semua Peminat

Aktiviti interaktif turut disediakan buat para peminat, antara tarikan utama yang wajib dicuba ialah segmen kreatif 'Choose Your Side'. Melalui aktiviti ini, anda boleh membina lightsaber LEGO mengikut kreativiti sendiri, terbuka sama ada untuk sisi Light mahupun Dark. Bukan itu sahaja, pengunjung boleh menguji kecekapan dalam cabaran 'Master The Force With Grogu'. Aktiviti ini mencabar peserta membina menara Jedi dengan tempoh masa terpantas. Akhiri pengembaraan interaktif anda dengan sesi bergambar di ruang Emperor’s Throne yang ikonik.

Acara ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas daripada ahli kostum 501st Legion Malaysia Garrison. Pada masa yang sama, persembahan orkestra secara langsung turut diadakan bagi menghiburkan pengunjung. Symphony hebat ini memainkan lagu ikonik seperti 'Imperial March' dan 'Duel of the Fates', sekali gus memberikan pengalaman lebih sinematik kepada para peminat.  

Antara tarikan lain yang mencuri perhatian ialah figura karakter 3D bersaiz sebenar seperti Darth Vader, Grogu, Chewbacca, R2-D2, BB-8 dan Kylo Ren. Pengumpul tegar berpeluang membawa pulang pelbagai barangan cenderamata edisi terhad. Anda kini boleh mendapatkan koleksi eksklusif LEGO Star Wars ini di stor terdekat sekarang.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down