Pernah alami sendiri bagaimana teman lelaki berpaling tadah? Guna alkohol sebagai coping mekanisme? Rasa meluat dengan bekas kekasih? Ugh, skripnya memang terlalu cliche! Sabrina Carpenter membawa pendengar melalui lima peringkat kesedihan dalam album terbarunya, Man's Best Friend.

Produksi album banyak menggunakan bunyi synth yang serasi dengan tanda kenal producer albumnya, Jack Antonoff. Jack juga banyak menghasilkan album bagi penyanyi Pop besar seperti Taylor Swift dan Lorde. Yang digemari adalah produksinya yang terasa bagaikan sebuah riddle. Ia seolah-olah sebuah ejekan terhadap hubungannya, suatu tema yang sejajar dengan imej Sabrina. ELLE baru mendengar album itu sebanyak tiga kali, namun ini adalah my instant favorites!
1. Tears
Memandangkan Manchild merupakan single utamanya, Tears terasa bagaikan lagu pembuka album yang kedua, dan omg. Basuh pinggan, berkomunikasi, memasang kerusi IKEA... Kelakar, kerana Sabrina sentiasa menerangkan sekecil-kecil perkara yang dapat membuatkannya mendambakan seorang lelaki!
Lirik pilihan: I get hot at the thought of you / Being a responsible guy
2. Nobody's Son
"Hi, I hope you're great / I think it's time we took a break / So I can grow emotionally" / That's what he said to me. Pembukaan lagu yang cukup... menyakitkan hati! Nobody's Son mengingatkan kita kembali kepada detik-detik fresh, post-breakup. Menangis berseorangan di atas katil, bargaining, mengharapkan bekas kekasih kembali, dan rasa putus harapan dengan cinta. Bridge lagunya juga wajar mendapat spotlight.
Lirik pilihan: That boy is corrupt / Get PTSD on it daily / He sure messed me up

3. Never Getting Laid
Ini adalah seperti kemuncak bagi lagu tentang sindiran. Selepas dicurang pada hubungan sebelumnya, Sabrina mengisahkan tentang kesedihannya, dan menyedari bahawa hanya dia seorang sahaja yang berasa sedih, sementara bekas kekasihnya kini sudah bersama wanita lain.
Lirik pilihan: I just hope you get agoraphobia someday / I wish you a lifetime full of happiness / And a forever of never getting laid
4. Sugar Talking
Lagu ini mengingatkan ELLE dengan Take A Bow oleh Rihanna dan Irreplacable oleh Beyonce. Lelaki seringkali melakukan apa sahaja yang mereka mahu, dan kemudiannya mengharapkan kita semudahnya memaafkan dan melupakan! Namun, setakat manakah kadar kemaafan? Setelah sekian lama, kadangkala kita hanya perlu menerima bahawa tindakan lebih bermakna daripada kata-kata.
Lirik pilihan: Say you're a big changed man, I doubt it / Your paragraphs mean nothing to me / It's verbatim what you said last week
5. Manchild
Lagu single dan pembuka album yang cukup seronok! Liriknya terasa amat berputus asa dengan perangai lelaki. Sindiran atas sindiran, mengalir didalam lirik dengan tidak terhenti.
Lirik pilihan: I like my boys playing hard to get / And I like my men all incompetent / And I swear they choose me, I'm not choosing them / Amen

Jadi, kalau anda sudah mendengarnya, lagu mana yang jadi pilihan?

