Langgan

Mandarin Oriental Kembangkan Sayap Di Desaru Coast, Johor

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman mewah di Mandari Oriental!
2 minit untuk membaca
Published: June 10, 2025

Dikenali sebagai Only & One Desaru Coast, kini Mandarin Oriental mengambil alih dan akan menjenamakan semula tempat ini sebagai Mandarin Oriental, Desaru Coast bermula Januari 2026. Lokasi yang sememangnya cantik, dikelilingi hutan hijau seluas 128 ekar dan berhadapan dengan pantai yang bersih! Dengan hampir 17-kilometer pantai yang luas, ia sangat sesuai untuk yang sesiapa yang inginkan escape dari kesibukan kota dan menikmati alam semula jadi.

Laurent Kleitman, CEO Mandarin Oriental, berkata bahawa “Mandarin Oriental, Desaru Coast mewakili satu langkah penting dalam visi strategik kami untuk membawa pengalaman yang direka dan pelancong merasai kemewahan ke lokasi baru dan luar biasa ini.”

Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi berkata, pemilihan untuk membuka Mandarin Oriental resort kedua mereka di Malaysia ini menunjukkan potensi Johor yang besar dan ini adalah berita baik menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Kemewahan Resort yang Memukau!

Resort ini asalnya direka oleh arkitek terkenal, Kerry Hill, yang terkenal dengan rekaan tropika moden yang harmoni dengan alam sekitar. Terdapat 44 suite dan vila dengan pemandangan laut atau hutan, terdapat juga yang lengkap dengan taman dan kolam renang peribadi. Untuk makanan pula, terdapat 5 pilihan restoran yang menggabungkan rasa antarabangsa dan tempatan, termasuk kelab pantai yang stylish dan bar dengan pemandangan pantai yang cantik!

Fasiliti & Kemudahan

The Spa at Mandarin Oriental menyediakan rawatan tradisional yang asli dan penuh makna. Selain itu, terdapat pavilion yoga, pusat kecergasan, salun kecantikan dan fasiliti sukan seperti gelanggang tenis dan padel. Kid’s Club yang lengkap dengan taman permainan dan kolam semula jadi sesusuai untuk kanak-kanak yang inginkan pengalaman belajar sambil bermain.

Terdapat beberapa kemudahan yang lain juga seperti event space yang elegan dengan persekitaran semula jadi yang mengasyikkan berfungsi sebagai suasana yang menarik dan Els Club Desaru Coast yang mempunyai 2 padang golf hebat hasil reka bentuk legenda golf Ernie Els dan Vijay Singh.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down