Malaysia menawarkan pelbagai tapak glamping dan camping yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi – sesuai untuk detoks digital dan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut adalah 6 lokasi terbaik untuk glamping dan camping di Malaysia yang wajib anda kunjungi!
Hammocks by The River, Selangor
Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Hammocks by The River merupakan lokasi santai tepi sungai yang menawarkan pengalaman camping dan glamping yang tenang dan nyaman. Aktiviti seperti mandi sungai, barbeku dan tidur di hammock menjadikan ia tempat yang ideal untuk berehat.
Info Tambahan: Kanak-kanak dibawah 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk.
@that1204girl if you're looking for a private campsite or quick getaway, check out @hammocksbytheriver !! #campsite #camping #cuti #hammocksbytheriver ♬ original sound - mira 🎀
Gopeng Glamping Park, Perak
Jika anda inginkan gaya perkhemahan yang mewah, Gopeng Glamping Park adalah tempat yang sesuai! Khemah bergaya yang lengkap dengan kemudahan moden menjadikan tempat ini sempurna untuk pengalaman glamping yang selesa dan tetap 'connect' bersama alam.
@sethlui.com camping with a touch of glamour ✨ #foodtiktok #malaysiatiktok #ipohperak #glamping #gopengglampingpark ♬ original sound - SETHLUI.COM
Duo Camp Campsite
Terletak di kawasan yang dikelilingi oleh alam semulajadi yang subur, Duo Camp Campsite menawarkan tapak perkhemahan yang luas dan bersih. Ia sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang ingin menikmati suasana camping tradisional dengan suasana yang mesra dan tenang. Sungai yang jernih di kawasan ini menjadi tarikan utama, terutamanya untuk aktiviti mandi manda.
Dusun Bonda
Dusun Bonda merupakan destinasi glamping yang popular, terutamanya bagi keluarga yang membawa anak kecil. Yang menariknya kawasan ini terletak di kawasan dusun, ia menawarkan vila dan khemah glamping yang cantik dengan kemudahan moden. Antara tarikan utamanya adalah taman permainan air mini, sungai berdekatan dan suasana yang family-friendly.
@madyazhim 📍Dusun Bonda, Batang kali. Kalini glamping di @DUSUN BONDA memang view lawa n sesuai nak healing. #glamping #dusunbonda ♬ penjaga hati - Nadhif Basalamah
Draco Nature Camp, Perak
Draco Nature Camp terletak di tengah-tengah kehijauan Chenderiang dan menawarkan pengalaman camping yang damai dengan bunyi alam yang menenangkan. Tapak ini sesuai untuk mereka yang ingin "unplug" daripada dunia digital dan menikmati detik bersama alam. Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking atau sekadar bersantai di tepi sungai.
@caplennnn Replying to @AAFamilyGoCamping 📍Draco Nature Camp, Chenderiang Perak. Tapak-✅15 tapak (RM75/3pax) add pax +RM25 dewasa, RM15 kanak2 (4-11tahun) Parking- ✅ 1 tapak 1 kereta (add car +RM10) Plugpoint- ✅24h (setiap tapak) Tandas- ✅4 pintu+ Surau- ✅ Mini mart- ✅ Jalan masuk- ✅(sesuai semua kereta) Sinki- ✅ Tapak rtt- ❌ . No tel co- 016-312 3696 Tiktok campsite- @Draco Nature Camp . #draconaturecamp #campinglife #campsiteperak #perak #newyear #2025 ♬ original sound - Caplennnn
Sungai Pauh Campsite, Pahang
Untuk yang sukakan udara sejuk dan suasana hutan tanah tinggi, Sungai Pauh Campsite di Cameron Highlands adalah pilihan terbaik yang terletak di Hutan Simpan Ulu Bertam. Tapak camping ini juga sangat bersih dan terjaga, sesuai untuk camping bersama keluarga atau rakan-rakan dengan bayaran hanya RM10 seorang.
@_itsmeatynnnazmann 📍Sg Pauh Campsite , Pahang #camping #campinglife #campingmalaysia #campsite #cameronhighland ♬ original sound - itsmefatinza - _itsmeatynnnazmannn