Langgan

Lexus Meneruskan Babak Baru Pemanduan Mewah

Lebih 30 tahun mengemudi ilham pemanduan yang cukup bergaya dan mewah, Lexus memberi evolusi dalam teknologi, rekaan dan pemanduan.
3 minit untuk membaca
Published: December 20, 2024
Rekaan dinamik Lexus LBS menyerlkan kemewahannya

Industri automotif merentasi ilham teknikal agar tidak terikat pada standard serupa. Evolusi demi evolusi telah berkembang dari masa ke masa bagi pengguna tidak diberikan idea serupa dan pada masa yang sama memberi nilai tambah pada penghasilannya. Hal ini jelas terjadi kerana kehendak pengguna yang berubah-ubah mengikut trend semasa. Lexus jenama automatif dari Jepun tidak pernah terlepas daripada menjadi peneraju dunia automotif dunia.

Mempertimbangkan kesemua ciri-ciri yang dikehendaki pengguna hari ini, Lexus komited dalam merealisasikan segala yang diperlukan sesuai permintaan. Siri Lexus LBX yang dinaiktaraf dengan perspektif baru melengkapi penggunaan yang berinovasi serta stail dalam rekaan yang lebih moden juga terkini.

Lexus LBX menjadi siri paling kompak dan mampu milik yang pernah diperkenalkan jenama ini. Rekaannya cukup memikat pengguna muda dengan elemen yang agak sporty namun pada masa yang sama kekal elegan. Direka mengikut prinsip rekaan Lexus New Chapter yang dikenali sebagai identiti jenama ini dengan memberi penekanan pada karakter yang lebih santai dan kasual.

DINAMIK REKAAN DALAMAN

Pabila berbicara tentang rekaan dalam sesebuah kenderaan siri LBX memberi definisi tepat sesuatu yang minimal dan cukup kemas. Bahagian konsol depan dengan skrin sesentuh dalam saiz yang cukup kompak untuk pemandu melihat jelas paparan yang ada. Sistem bluetooth yang boleh disambung secara terus daripada telefon pintar begitu memudahkan penggunaan beberapa aplikasi seperti Waze dan Spotify antaranya yang boleh digunakan secara terus.

Apa yang paling menarik perhatian saya ketika memandu kenderaan ini adalah armrest yang sangat membantu pemandu merehatkan tangan ketika memandu perjalanan jarak jauh. Ia juga melengkapi fungsi ketika berada dalam kesesakan jalan raya untuk jangka masa yang panjang.

Ruang meletakkan barang-barang kecil seperti kunci dan dompet ditempatkan terlindung bagi memastikan tidak berselerak dan dilengkapi dengan lampu LED. Fungsi ini begitu membantu terutama sekali pabila waktu malam yang memudahkan capaian pengguna untuk melihat dan mengambil barang yang diperlukan.

Saya juga cukup tertarik dengan pemilihan fabrik kulit pada tempat duduk kereta ini. Ia tidak memerangkap bahang panas mengikut suhu luar. Sebagai seorang yang tidak sukakan fabrik kulit sebagai alas tempat duduk kereta, LBX memberi pengalaman berbeza.  Tiada lagi masalah anda harus berperang dengan fabrik kulit yang tidak selesa diduduki ketika waktu panas. Sterengnya juga berbalut material kulit berbeza dan direka dengan cukup kemas serta lancar pusingannya.

MEMANDU PADA CUACA TIDAK MENENTU

Perjalanan saya ke Ipoh bersama Lexus LBX yang terbaru ini lancar biar dalam perubahan cuaca yang tidak menentu. Saat hujan lebat mencurah, ciri keselamatannya benar-benar berfungsi baik dengan sistem amaran yang ada. Apa yang saya perhatikan, setiap kali kenderaan yang saya pandu ini melanggar biar sedikit garisan putus ke lorong sebelah, ia akan menolak secara automatik untuk saya kekal di lorong sepatutnya. 

Satu lagi ciri yang begitu memudahkan pemanduan adalah fungsi auto-hold. Ia dicipta bagi memastikan sistem brek berhubung terus dengan fungsi auto-hold setiap kali kereta berhenti ketika di lampu merah. Ia juga sangat membantu ketika kesesakan lalu lintas tanpa perlu menekan pedal brek terlalu lama. Sistem ini berfungsi dengan lancar kerana ketika pedal pandu ditekan tiada gerakan mengejut atau gencatan berlaku. Apa yang anda lakukan hanya menekan butang Hold yang ada terletak bersebelahan bahagian gear dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

Nilai gaya saya kira menjadi antara alasan utama untuk memandu Lexus LBX. Pemanduannya membuatkan sesiapa sahaja yang menerajuinya akan terbawa perasaan yang cukup mewah. Ia bagai dicipta untuk individu yang mahukan sesuatu yang seimbang antara nilai harga juga menang pada gayanya. Ia sesuatu yang sempurna untuk yang mahukan penjimatan petrol maksima sebagai kenderaan hybrid yang berfungsi penuh mengikut standard penghasilannya. 

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down