Malaysia bakal menyambut kedatangan jenama gaya hidup mewah terkenal dunia, Kimpton, dengan pelancaran hotel pertamanya, Kimpton Naluria Kuala Lumpur, yang dibuka pada suku keempat tahun 2025 di Tun Razak Exchange (TRX).

Disebalik 'Naluria'
Dengan 466 bilik yang tersebar di 26 tingkat, Kimpton Naluria Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang unik. Ia menggabungkan layanan mesra yang ikonik dengan rekaan yang berani dan kontemporari. Nama ‘Naluria’ berasal daripada gabungan perkataan Melayu ‘naluri’ (instinct) dan ‘ria’ (kegembiraan). Ia mencerminkan semangat hotel ini sebagai tempat yang membebaskan jiwa untuk menikmati kebahagiaan sejati.

Antara ciri khas Kimpton termasuk:
- ‘Forgot It? We've Got It!’ – Kemudahan pelengkap bagi tetamu yang terlupa membawa keperluan penting.
- Kimpton Kickstart – Sajian kopi dan teh percuma setiap pagi di lobi.
- Kimpton Social – Sesi sosial santai dengan minuman terpilih pada waktu malam.
Di Era Hospitaliti yang Baru
Diketuai oleh Pengurus Besar berpengalaman, Paul Cunningham, hotel ini bukan sekadar tempat penginapan – ia juga bakal menjadi hub sosial baru Kuala Lumpur dengan empat konsep tempat makan berbeza, termasuk Four Siblings, bar dan lounge atas bumbung dengan pemandangan indah, serta Tuai + Till, restoran sepanjang hari yang bertukar wajah dari kafe Malaysia ke brasserie barat elegan. Satu lagi kejutan ialah restoran retro Itali-Amerika yang masih dalam pembikinan.

Membawa Rekaan Kimpton's Ke Dunia Luar
Reka bentuk dalaman Kimpton Naluria dihasilkan bersama studio pereka terkenal, Hassell Studio. Hotel ini bakal menampilkan elemen semula jadi Malaysia seperti batu-batuan, tekstur organik, dan kehijauan yang menyegarkan – semuanya digabungkan untuk mencipta ruang bandar yang damai, mewah, dan penuh gaya.


Dengan pelancaran ini, Kimpton menambah satu lagi destinasi dalam rangkaian globalnya selepas kejayaan di Taipei, Bangkok dan Koh Samui. Pelancong tempatan dan antarabangsa kini boleh menantikan pengalaman penginapan yang tidak hanya selesa, tetapi juga memberi inspirasi.