Langgan

Kenali Visi Baru Marina Bay Sands Bersama Sorcha John

Marina Bay Sands melancarkan babak baru, menggabungkan kemewahan dengan kemodenan dinamik sambil kekal berakar pada sensibiliti kontemporari Asia.
3 minit untuk membaca
Published: January 15, 2025
Marina Bay Sands
Sorcha John, Vice President of Brand, Marina Bay Sands

Sejak penubuhannya, Marina Bay Sands telah menjadi sinonim dengan langit ikon Singapura. Lebih daripada sekadar keajaiban seni bina, hotel mewah ini merupakan “rumah” kepada pengalaman seperti kolam Infiniti yang terkenal di dunia, The Shoppes dan Muzium ArtScience. Kini, resort ini memasuki era baru dengan penjenamaan bertajuk 'Above Beyond', menyatukan tawaran uniknya di bawah visi tunggal yang lebih halus. Kami berbual dengan Sorcha John, Vice President of Brand, Marina Bay Sands, untuk menyelami proses pemikiran, inspirasi dan matlamat di sebalik transformasi ini.

Bolehkah anda jelaskan visi di sebalik penjenamaan semula Marina Bay Sands?
Ini adalah transformasi jenama yang pertama sejak Marina Bay Sands dibuka pada 2010. Dengan 'Above Beyond', kami ingin mengungkapkan visi asal kami sambil melihat ke hadapan untuk masa depan kemewahan. Idea jenama ini harus menggambarkan perasaan yang dialami oleh tetamu kami di sini dan menginspirasi setiap langkah kami ke hadapan. Identiti jenama baharu ini dibentuk untuk mencerminkan kualiti luar biasa daripada tawaran kami yang diperbaharui dan membezakan Marina Bay Sands sebagai destinasi di mana keindahan bertemu dengan tujuan. Matlamat kami adalah untuk melangkaui klise kemewahan tradisional dan mencipta estetika yang mempersonakan kemodenan yang lebih halus.

Marina Bay Sands
Arkitektur Marina Bay Sands

Apakah matlamat utama anda untuk jenama ini pada masa akan datang?
Matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan Marina Bay Sands sebagai tempat yang penuh dengan kemungkinan tanpa penghujung, di mana setiap pengalaman adalah unik dan mengubah hidup. Kami ingin tetamu pulang dengan kisah untuk diceritakan, sama ada pandangan yang mendebarkan, perkhidmatan yang sempurna, atau rasa kecantikan yang unik yang mereka alami di sini.

Bagaimana anda mendekati penjenamaan semula secara visual dengan Pentagram dan Frosty?

Proses penjenamaan semula ini adalah sangat kolaboratif, melibatkan pereka identiti terkemuka dunia dari Pentagram NY, studio kreatif Frosty Inc dan pasukan kreatif dalam rumah kami. Selama dua tahun, kami meneliti semula setiap butiran pengalaman jenama ini. Kami mengambil inspirasi daripada perubahan cahaya pada seni bina kami, bayang-bayang yang tercipta pada waktu berlainan sepanjang hari dan bahkan ekspresi pada wajah tetamu ketika mereka memasuki ruang kami. Butiran-butiran ini mempengaruhi palet warna, corak dan arahan grafik kami, mencipta identiti visual yang mencerminkan keunikan Marina Bay Sands.

Marina Bay Sands
Infinity Pool di Marina Bay Sands

Koleksi Paiza adalah bahagian penting dalam transformasi ini. Bagaimana koleksi ini menyumbang kepada strategi penjenamaan keseluruhan?
Koleksi Paiza adalah salah satu tarikan utama dalam program pelaburan semula bernilai US$1.75 bilion. Ia menampilkan ultra-luxury suites seperti Chairman Suite dan Presidential Suite, lengkap dengan reka bentuk khas daripada artisan antarabangsa. Tawaran unik lain termasuk Skyline Suites, yang dilengkapi dengan simulator golf canggih atau bilik media dan Horizon Suite, sebuah sanctuary kesejahteraan yang menampilkan dinding garam Himalaya dan pancuran hammam. Suites ini mencerminkan inti pati penjenamaan semula kami: reka bentuk yang dipertingkatkan, keselesaan yang tiada tandingan dan komitmen kepada perkhidmatan yang diperibadikan. Menjelang 2025, kami akan mempunyai 1,850 bilik, termasuk 775 suite – berbanding dengan 180 suite asal – membolehkan kami memenuhi lebih ramai tetamu premium.

Salah satu ulta-luxury suites di Marina Bay Sands

Apakah yang anda harapkan agar tetamu alami apabila mereka menginap di suite ultra-luxury ini?
Kami ingin tetamu merasakan seperti mereka berada di kediaman mewah mereka sendiri. Setiap butiran direka dengan teliti untuk bentuk dan fungsi. Sebagai contoh, kami menambah sinki kecil di sebelah meja solek untuk persediaan penjagaan kulit, cermin di pintu masuk untuk sentuhan akhir dan kabinet kasut yang mencipta suasana kediaman. Selain reka bentuk, kami juga melabur dalam perkhidmatan. Pasukan butler kami yang berjumlah 160 orang – terbesar di Singapura – memastikan setiap keperluan tetamu dipenuhi, mencipta hubungan emosi yang bertahan lama selepas penginapan mereka

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down