Nama Putri Marino begitu memuncak setahun dua kebalakangan ini dengan barisan filem juga siri original yang mencuri perhatian penonton tidak hanya di Indonesia tetapi pengaruhnya sampai juga ke Malaysia. Tahun ini sahaja nama Putri Marino sudah meniti bibir penikmat filem nusantara dengan naskhah siri Netlix "Gadis Kretek" yang menampilkan mutu lakonannya bersama Dian Sastrowardoyo.
Pemilik nama sebenar Ni Luh Dharma Putri Marino ini mula memasuki bidang lakonan dengan cukup impresif ketika muncul lewat filem "Posesif" pada tahun 2017 yang sekali gus memberikan kemenangan buatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Film Indonesia. Namanya setelah itu menjadi antara one to watch di pelantar perfileman Indonesia.
Filem "Architeture in Love" lakonan bersama Nicholas Saputra yang ditayangkan serentak di Indonesia dan Malaysia April lalu sekali lagi mencuri perhatian penonton serantau. Dalam satu temubual bersama ELLE Indonesia “Saya sebetulnya suka bermain drama. Genre drama sifatnya sangat luas dan diverse, aspek kekayaan itu yang selalu berusaha saya teroka lewat genre dan perwatakan. Sebagai pelakon, saya harus bertumbuh menjadi seorang pemeran yang fleksibel.” Ujarnya.
Baru-baru ini Putri Marino tampil dalam sebuah filem original Netflix berjudul "Borderless Fog" arahan pengarah prolifik seberang, Edwin yang menampilkan imej berbezanya dengan rambut pendek membawa watak sebagai Sanja Arunika seorang detektif yang ditugaskan menyiasat satu kes pelik yang berlaku di sempadan Malaysia dan Indonesia.
Menerusi filem "Posesif" Putri Marino berjaya meyakinkan tidak hanya penonton tetapi cukup menarik perhatian pemain industri perfileman Indonesia. Sepanjang menjadi pelakon Putri Marino sudah beberapa kali mendapat nominasi pelakon terbaik di acara Festival Film Tempo, Piala Maya, i-Cinema Awards.
Jika anda belum pernah menonton mana-mana lakonan Putri Marino beberapa naskhah lakonannya boleh di tonton di Netflix seperti Gadis Kretek, Posesif, One Night Stand, The Big 4 dan Cinta Pertama Kedua & Ketiga.