Langgan

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-39

Bakal menyaksikan persaingan cukup sengit AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari ini.
1 minit untuk membaca
Published: January 21, 2025

Anugerah Juara Lagu (AJL39) bakal kembali lagi dengan persaingan sengit sepuluh lagu yang dicalonkan tahun ini. Bakal menyaksikan persembahan daripada penyanyi kelas satu tempatan, AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari (Ahad) diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Diketuai oleh Russell Mark Rodrigues selaku Pengurus Projek dan Jamil Bin Hassan selaku Penerbit Eksekutif, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, memberikan peluang kepada peminat karya muzik tanah air di seluruh negara untuk menyaksikan persembahan hebat daripada 10 finalis terpilih.

Pada tahun ini, AJL39 membawa tema, Nada Rasa yang mengangkat kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej yang mendalam melalui pelbagai jenis instrumen. Bertujuan untuk menonjolkan setiap nada dan getaran muzik mampu menyentuh hati pendengar.

PERSAINGAN SENGIT

Tahun ini akan menyaksikan persaingan sengit daripada penyanyi popular tempatan seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Masdo, Hafiz Suip antaranya. Lagu-lagu popular ini yang telah melalui proses undian di program Muzik-Muzik terpilih ke peringkat separuh akhir untuk mendapat tempat 10 teratas daripada jumlah 30 lagu yang bersaing.

Acara Separuh Akhir Muzik-Muzik yang lalu telah diadili oleh juri profesional seperti Edry Abdul Halim sebagai ketua juri selain Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, komposer LY, Helen Yap dan penulis lirik AD Samad. 

HOS BARU

Buat pertama kali AJL39 kali ini diacarakan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann yang akan mengendalikan acara dengan gaya tersendiri. Gandingan mereka dijangka membawa kemeriahan dan energi yang luar biasa. Selain itu, bagi slot Karpet Merah akan dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Malia Baby.

Tiket untuk AJL39 telah pun mula dijual bermula 18 Januari 2025 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi Wowtix.



Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down