Langgan

Jom Sihat! Sukan Trending Yang Wajib Anda Cuba

Sertai sukan trending ini untuk mulakan gaya hidup sihat sempena azam tahun baharu 2025!
2 minit untuk membaca
Published: January 15, 2025

Ekspresikan diri anda dengan sukan! Apabila berbicara tentang sukan, pasti kebanyakkan daripada anda yang allergic apabila mendengar perkataan ini, kan? Namun begitu, gaya hidup sihat mesti dimulakan dari sekarang tak kira apa pun jua jenis sukan yang ingin dicuba.

Pilates

Very demure, very mindful – ya, quote ini cukup kena sekali dengan sukan ini. Pilates lebih fokus kepada regangan ringan, strength dan body condition. Seronoknya tentang sukan ini ialah - selain daripada bersenam dan stretching, ia juga dilihat sebagai trend yang mempunyai aesthetic tersendiri, selain boleh memberi kesan yang sangat bagus untuk badan.

Pilates menggunakan mesin reformer

Pickleball

Ngl, pickleball adalah salah satu sukan yang sangat menarik sekarang. Peminat sukan ini jatuh cinta dengan stail permainannya yang bercampur elemen ping pong dan badminton tetapi effortless dan senang untuk bermain bersama kawan-kawan. Ada juga yang melibatkan diri mereka dengan kelab pickleball dan membuat pelbagai jenis cara dan aktiviti untuk membuatkan sukan ini lebih menarik!

Running/Jogging

Running/jogging juga merupakan antara sukan trending kerana ramai yang mahu memulakan gaya hidup sihat dan boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa saja. Bukan sahaja itu, kini terdapat banyak social running club yang boleh anda sertai, bergantung kepada lokasi pilihan anda.

Running/jogging pada waktu petang

Golfing

Relaks, chill, stail – ini sememangnya sesuai untuk describing golf. No cap, golf juga sangat trending sekarang dengan vibe nya yang sangat elegan dan stail permainanya juga sangat relaks dan chill dalam satu masa. It’s very giving! sports ini tidak terlalu susah, tidak terlalu senang, yang penting adalah fokus dan posture badan yang betul.

Golfing untuk penuhkan masa lapang

Nature Hike

Jika anda sukakan alam semula jadi dan minati sukan jenis ekstrem, jadi sukan ini adalah sempurna untuk anda! Hiking adalah salah satu sukan cardio dan boleh dilakukan bersama teman dalam kumpulan yang besar menjadikan bersukan lebih menyeronokkan.

Hiking dengan kawan-kawan

Kredit gambar: unsplash

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down