Langgan

Il Ristorante – Niko Romito Rasmi Dibuka di Bvlgari Resort Bali

Bvlgari Resort Bali: Gabungan keaslian masakan itali dan cita rasa Bali
2 minit untuk membaca
Published: June 23, 2025

Bvlgari Hotels & Resorts dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan rasmi Il Ristorante – Niko Romito di Bvlgari Resort Bali. Ini menandakan satu lagi pencapaian dalam rangkaian restoran ikonik yang diketuai oleh Chef terkenal Itali, Niko Romito.

Pembukaan ini meneruskan kejayaan global Il Ristorante – Niko Romito, yang sudah terkenal di beberapa lokasi Bvlgari Hotels & Resorts seluruh dunia. Di Bali, restoran ini menawarkan pengalaman kulinari Itali yang klasik dan kontemporari. Ia mengekalkan warisan gastronomi Itali dengan teknik inovatif serta penggunaan bahan-bahan tulen dan berkualiti tinggi.

Gabungan Itali dan Bali

Terletak di tengah-tengah resort mewah di Uluwatu, restoran eksklusif ini hanya menawarkan 24 tempat duduk. Ia dikelilingi oleh kolam refleksi yang tenang dan pencahayaan lembut, mewujudkan suasana yang penuh keanggunan. Restoran ini dibuka khas untuk makan malam sahaja. Terletak di atas tebing batu kapur Uluwatu, ia menjanjikan pemandangan lautan yang memukau setiap malam. Pengalaman ini bagaikan satu persembahan gastronomi yang tidak dapat dilupakan.

Antara pilihan italian cuisine

Yang menjadikan Il Ristorante – Niko Romito di Bali istimewa ialah pendekatannya yang menggabungkan bahan-bahan tempatan terbaik seperti makanan laut segar, vanila harum dari Kintamani, pelbagai jenis lada tempatan, tomato Plaga dan sayur-sayuran organik yang ditanam secara tempatan, termasuk herba bermusim dari Taman Bvlgari Resort.

Menu Eksklusif untuk Pengalaman Unik

Restoran ini menawarkan tiga pilihan utama untuk dinikmati para tetamu:

Hidangan ‘I Classici’

Menu ini meraikan hidangan klasik Itali dengan sentuhan moden, bermula dengan L’Antipasto all'italiana, diikuti Tortelli berisi ricotta salai Bali, zucchini dan sos parmesan reggiano, serta coral trout bersama kerang, udang dan tomato. Pencuci mulut istimewa, Bread and Chocolate, menggunakan coklat tempatan Bali.

Smoked ricotta tortelli with zucchini, mint dan sos Parmigiano Reggiano

Hidangan ‘La Degustazione’

Satu perjalanan rasa yang lebih mendalam dengan ciptaan terkini Chef Niko Romito seperti Scallops dengan krim udang, Black Cod rebus perlahan dengan susu ikan kod, dan Fillet Daging Wagyu dengan sos lada hitam tempatan. Ditutup dengan sorbet beri liar, mousse serai, selasih dan meringue.

Wagyu beef fillet bersama asparagus, black summer truffle dan green pepper sauce

Menu À La Carte

Untuk pengalaman makan yang lebih peribadi, tetamu boleh memilih daripada hidangan seperti Carpaccio ikan merah dengan lada hijau, Tuna panggang bersama fennel dan citrus salad, Spaghetti e pomodoro, Tortellini dengan sos itik dan terung berlapis glasir.

Roasted tuna loin, fennel dan citrus salad

 

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down