Setiap iklan bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa maksud yang tertentu. Musim perayaan kali ini, pelbagai seleksi iklan yang membawa mesej yang mendalam dan sebagai hiburan yang mengasyikkan. Jom tonton bersama beberapa iklan Raya 2025 yang yang emosi dan kreatif ini sempena Aidilfitri 2025.
Astro – “Lain Macamnya Raya”
Astro mempersembahkan cerita tentang seorang ibu tunggal bernama Jumaah yang membesarkan 3 orang anak lelaki. Jumaah yang yang pentingkan tradisinya sendiri sehingga ketiga-tiga anaknya berkahwin dari berlainan adat dan cara Jumaah beraya kali ini akan berubah. Iklan ini menggambarkan bagaimana perbezaan dapat menyatukan keluarga dalam menyambut Aidilfitri.
@rocketfuelent Jumaah binti Abdul Majid, janda anak tiga. Hari Raya tahun ni, tradisi Jumaah dalam bahaya. Tiga anaknya bawa balik menantu, sekali dengan tradisi yang baru. Bolehkah Jumaah menangkan tradisinya? Atau akan berakhir dengan kece... #MeriahLainMacam #AstroRaya2025 ♬ original sound - Rocketfuel Entertainment
MR.DIY – "Raya Penuh Makna"
Iklan ini mengisahkan tentang Diyanna yang pada mulanya menganggap Raya hanya tentang juadah dan pakaian baru. Namun, dia akhirnya menyedari bahawa makna sebenar Hari Raya adalah tentang kebersamaan dan mencipta kenangan indah bersama keluarga. Jalan cerita yang menarik dan kreatif tetapi memberi makna yang mendalam.
Watsons – "Raya Terunggul"
Watsons membawa kembali watak-watak ikonik dari filem Malaysia seperti Mami Jarum, Adnan Semp-It dan Gerak Khas. Iklan ini menggabungkan nostalgia dan komedi, menampilkan bintang-bintang popular seperti Datuk Yusof Haslam, Maya Karin, dan Shaheizy Sam.
Petronas – "Anak Siapa Ni"
Iklan yang mempunyai plot twist ini mengisahkan tentang Rafi yang pergi beraya kerumah keluarga disebelah ayahnya. Dari pagi hingga ke petang Rafi disoal “anak siapa ni?”, soalan yang pasti akan ditanya apabila kita pulang ke kampung sempena Aidilfitri. Pertemuan antara Rafi dan tuan rumah ini pasti akan mencuit hati ramai penonton.
@petronas_official Di sebalik meriahnya Aidilfitri, ada hati yang sunyi menanti kunjungan dengan penuh harapan. Nantikan filem penuh ‘Anak Siapa Ni?' di laman rasmi YouTube dan Facebook PETRONAS. Amid the festive cheer of Aidilfitri, some hearts quietly long for a cherished visit. Stay tuned for ‘Who Could That Be?' on our official YouTube and Facebook channels. #PETRONAS #PassionateAboutProgress #PETRONASRAYA2025 #AnakSiapaNi #WhoCouldThatBe #FYP #Explore ♬ original sound - PETRONAS
PLUS – "Kias Rindu"
Mengisahkan ibu bapa yang rindukan dua orang anaknya yang bekerja jauh di Kuala Lumpur dan dari situ terjadi pelbagai 'masalah' dan ia dijadikan sebagai kias rindu kepada anak-anaknya. Iklan ini menekankan bahawa luangan masa bersama keluarga adalah cara terbaik untuk melepaskan rindu, terutama di musim perayaan.
@animationupdatein2025 Plus (Iklan Hari Raya Malaysia 2025) #plus #plusmalaysia #plusmalaysiaberhad #iklanraya #iklanraya2025 #iklanhariraya #hariraya #harirayamalaysia #aidilfitri #aidilfitri2025 #harirayaaidilfitri #harirayaaidilfitri2025 #malaysia #sabah #sarawak #johor #malaka #pahang #perak #selangor #negerisembilan #pulaupinang #terengganu #kelantan #kedah #perlis #labuan #putrajaya #kualalumpur @plusmalaysiaberhad @iklanharirayaaidilfitri @aidilfitri @idulfitri @harirayaaidilfitri ♬ suara asli - Animation Update In 2025
Spritzer – "Mana Adam"
Spritzer membawakan iklan tentang Adam seorang cucu yang baik dan prihatin tentang kebahagiaan atuknya. Atuk Adam yang tidak berapa sihat dan hanya inginkan atuknya tetap seronok di Aidilfitri dengan menyediakan juadah minuman yang spesial di pagi Raya. Iklan raya yang pasti menyentuh hati ramai orang daripada barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Naim Daniel dan Zara Zya.
Julie's – "Selamat Lari Raya"
Iklan ini mengisahkan seorang atuk yang berusaha keras untuk berjumpa dengan cucunya Johan, yang berada di penjara hanya kerana ingin berkomunikasi dengan cucunya dengan baik dan ingin selesaikan perkara yang lepas. Telatah lucu atoknya di tambah dengan elemen sedih pasti akan membuat perasaan penonton bercampur-baur.
Malaysia Aviation Group - "Selagi Ada Hormat"
Iklan ini menampilkan kisah inspirasi tentang kepelbagaian budaya dan nilai hormat dalam membentuk masyarakat yang lebih bersatu. Ia diilhamkan daripada perjalanan hidup Datuk Captain Izham Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan MAG, yang berasal dari keluarga campuran.