Langgan

Hot Girl Books!

hot girls do read!
2 minit untuk membaca
Published: April 25, 2025

Bertumbuhnya ‘Booktoker’ dan ‘Bookstagram’ di kalangan selebriti dan pempengaruh digital menjadi bukti reading is never out of style!

Dua Lipa antara selebriti muda yang memiliki book club - Service95

Tahun lalu dilaporkan sebanyak 782.7 juta unit buku dijual secara global memperlihatkan peningkatan sehingga 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Publisher Weekly awal tahun ini melaporkan, trend membaca meningkat atas beberapa faktor seperti adaptasi novel popular ke filem juga televisyen dan pengaruh Celebrity Book Club.

Kaia Gerber menerusi akaun Library Science mengemudi kelab bacaannya, Dua Lipa bersama Service95, Emma Roberts menerusi Belletrist dan Dakota Johnson menerusi Teatime Bookclub antara selebriti muda yang cukup berpengaruh dalam mengemudi trend ini.

Apa yang dikongsikan menerusi akaun mereka adalah obsesi membaca dan juga cadangan bahan bacaan serta podcast yang mengupas isi cerita di balik novel terpilih. Trend #girlthatread, #bookgirl dan #girlswhoread di TikTok menjadi ikutan dengan perkongsian novel-novel yang menjadi obsesi terkini.

Kaia Gerber book club - Library Science

Penulis Muda

Kehadiran penulis generasi baru seperti Coco Mellors, Eliza Clark, RF Kuang, Emily Henry dan Taylor Jenkins Reid datang dengan idea penulisan dan cerita yang lebih segar. Maka dengan itu terhasil novel yang cukup berfenomena seperti My Year of Rest & Relaxation, Normal People, Funny Story, Boy Parts dan Cleopatra & Frankenstein.

Trend Hot Girl Books ini turut memberi ruang kepada bacaan klasik untuk kembali popular. Novel seperti The Bell Jar (Sylvia Path), Black Swans (Eve Babitz), The White Album (Joan Didion) dan The Virgin Suicides (Jefferey Eugene) antara yang paling kerap dikongsi.

Novel blockbuster Otessa Mosfegh

KARYA ADAPTASI

Adaptasi filem juga membantu akan trend ini mendapat perhatian Booktok yang memberi respons akan hasil adaptasinya. Tahun lalu ‘It End With Us’ lakonan Blake Lively antara yang paling banyak mendapat kecaman daripada pembaca novel asal tulisan Coolen Hoover yang mengubah struktur ceita asalnya.

Tahun ini beberapa lagi novel adaptasi yang akan difilemkan antaranya adalah ‘The Housemaid’ novel blockbuster tulisan Freida McFadden ini akan dilakonkan dua superstar iaitu Sydney Sweeney dan Amanda Seyfried.

Sebuah lagu novel yang cukup popular tulisan Emily Henry  iaitu ‘People We Meet In Vacation’ akan dilakonkan Tom Blyth dan Emily Bader serta sebuah lagi novel yang baru saja beredar ‘Deep Cuts’ akan menampilkan kolaborasi Austin Butler dan Saoirse Ronan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down