Langgan

Filem 'Materialists' Dan Realiti Hubungan Masa Kini

Materialists or realistic?
2 minit untuk membaca
Published: August 31, 2025

Apabila cinta bertembung dengan dunia material, apakah yang akan kita pilih, hati atau status? Inilah persoalan utama yang cuba dibongkar oleh filem terbaru arahan Celine Song, 'Materialists'. Selepas kejayaan besar 'Past Lives' (2023), pengarah ini kembali dengan sebuah karya yang lebih sinis dan kontemporari, menyoal semula bagaimana masyarakat moden melihat hubungan cinta.

Jalan Cerita yang Menggugat Realiti

Filem ini menampilkan Lucy, lakonan Dakota Johnson seorang matchmaker atau perantara jodoh elit di New York. Tugasnya ialah menyusun hubungan berdasarkan kriteria yang sering dianggap penentu kebahagiaan: kekayaan, penampilan dan status sosial.

Dakota Johnson yang memegang watak sebagai Lucy didalam filem romantik komedi ini

Namun, formula yang kelihatan sempurna mula goyah apabila Lucy bertemu dua lelaki penting dalam hidupnya. Harry (Pedro Pascal) ialah gambaran pasangan ideal: kaya, berkarisma dan stabil. Sebaliknya, John (Chris Evans) bekas kekasihnya masih berjuang dengan kerjaya yang tidak menentu. Pertembungan dua watak ini membuatkan Lucy berdepan dilema. Adakah cinta patut dinilai dengan logik atau dibiarkan mengalir dengan jujur?

Antara Cinta dan Status

Celine Song menggunakan 'Materialists' sebagai platform menunjukkan budaya temu janji hari ini, khususnya di bandar besar yang penuh dengan persaingan. Filem ini mengkritik fenomena cinta yang semakin dilihat seperti perjanjian perniagaan, di mana pasangan dipilih kerana "nilai pasaran" mereka, bukan kerana keintiman sebenar.

Dialog-dialog dalam filem ini juga memberi gambaran realiti yang jarang diucapkan secara terus. Seperti, ada momen di mana Lucy mengatakan bahawa bercinta memerlukan banyak usaha. Banyak percubaan dan kesilapan serta risiko. Bukankah itu realiti yang ramai hadapi dalam diam? Bahkan pasangan itu adalah cerminan diri kita sendiri. 

Kaitan Dengan Kehidupan Nyata

Mengapa filem ini terasa begitu dekat dengan realiti? Jawapannya terletak pada beberapa isu yang dikupas:

  1. Tekanan sosial untuk "pasangan sempurna". Ramai orang masih mengukur cinta dengan senarai yang sempurna seperti kerjaya tetap, rupa menarik dan latar belakang keluarga yang stabil. Namun hakikatnya, adakah itu logik didalam setiap manusia yang wujud di muka bumi ini?
  1. Hubungan sebagai transaksi. Seperti perniagaan, hubungan kadang-kadang dianggap sebagai pelaburan. Adakah pasangan ini memberi "pulangannya"? 'Materialists' menunjukkan betapa bahayanya mentaliti ini.
  1. Keberanian menerima ketidaksempurnaan. Dilema Lucy – antara lelaki kaya yang ideal dan bekas kekasih yang penuh kelemahan – ialah refleksi kehidupan sebenar. Adakah kita sanggup memilih cinta sebenar yang tidak sempurna?
  2. Kejujuran yang sering menyakitkan. Dialog dalam filem ini mengingatkan bahawa kejujuran tentang materialisme dalam cinta memang pahit, tetapi ia realiti yang ramai alami.
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down