Landskap Pop global tiada hentinya dalam memberi keterujaan dalam penghasilan lagu-lagu baru yang akan terus mencuri perhatian pendengar. ELLE Music membawakan senarai lagu yang anda harus beri perhatian sepanjang minggu ini!
LORDE - WHAT WAS THAT
Setelah membuat kemunculan di Coachella bersama Charli XCX beberapa minggu lalu, Lorde mengumumkan di Instagram feed miliknya penghasilan album baru yang akan menyusul lewat tahun ini. Semalam, single "What Was That" diedarkan sebagai pertaruhan perdana bagi album ini seetelah kali terakhir muncul dengan album penuh "Solar Power" pada tahun 2021.
LANA DEL REY - BLUEBIRD
Lana Del Rey tidak memperlahankan langkah bermuziknya. Kembali cukup mellow dalam persembahan "Bluebird" yang berbalut ilham Folk / Country - lagu ini menjadi asbab untuk penggemarnya untuk terus menyenangi dreamy voice yang dia miliki. "Bluebird" akan menjadi pengisian album studio kesepuluh persona ini.
LAUFEY - SILVER LINING
Jazz sensastion - Laufey kembali mengemudi pasaran muziknya dengan sebuah lagi persembahan muzik yang cukup menggerak adrenalin. "Silver Lining" terhasil sebagai sebuah fasa baru bermuzik Laufey yang menggarap elemen Pop dan Jazz yang seimbang dan terhasil cukup komersil. Masterpiece!
BENSON BOONE - MYSTICAL MAGICAL
Menjelang album kedua yang bakal beredar Jun nanti, Benson Boone bekas peserta American Idol ini melepaskan single "Mystical Magical" dalam nuansa Pop yang biasa dia hadirkan sebelum ini. Killer utama pada korus yang catchy dan easy listening hadir dengan groove dalam persembahan keseluruhan Benson.
ADDISON RAE - HEADPHONES ON
Setelah mencuri perhatian dengan single "Diet Pepsi" dan "Aquamarine" - bintang Pop masa kini, Addison Rae menghadirkan sebuah lagi lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album solo self-titled nya pada Jun nanti. "Headphones" mengikat pendengaran tanpa sukar dengan melodi yang catchy dan feel yang santai.