Langgan

Bicara ELLE Bersama Tym Fatimah

Mari kita selami keperibadian serta perspektif penata gaya ini.
2 minit untuk membaca
Published: December 8, 2024

Dalam adegan fesyen tanah air, nama Tym Fatimah pastinya tidak asing lagi. Beliau merupakan figura penting yang bertanggungjawab disebalik penampilan glamor selebriti, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Apakah perkataan kegemaran yang anda sering gunakan?

‘She’ sebagai kata ganti nama diri sebab nampak comel, contohnya ‘harini she bangun awal betul.’ Kadang-kadang saya guna untuk orang lain juga.

Satu perkara dalam senarai yang anda teringin untuk lakukan?

Saya ingin cuba melancong secara solo.

Penataan gaya
Tym menata gaya Riena Diana bagi ABPBH ke-36

Apakah hobi yang sering dilakukan ketika waktu lapang?

Saya gemar menonton Netflix atau mengeksplorasi kafe-kafe menarik.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang anda obseskan sekarang?

Oversized shirt menjadi kegemaran sepanjang masa dan saya juga gemar menggayakan dress kasual kerana mudah, tidak perlu fikir bagaimana hendak suai padankan.

Kopi kegemaran anda dan di mana anda sering dapatkannya?

⁠Spanish Latte atau Salted Caramel Latte! Saya suka dapatkannya dari Zus Coffee dan Gigi Coffee.

Tym bersama Nana Mahazan

Jika anda bukan penata gaya, apa kerjaya anda sekarang?

Masih dalam bidang fesyen, mungkin jadi seorang Fashion Buyer ataupun Visual Merchandiser.

Apakah nasihat yang anda mahu berikan kepada penata gaya pelapis?

Jangan kejar glamor, minat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu dan kemahiran tentang fesyen serta asas menjahit jelujur (ini sangat penting terutama apabila ada kecemasan di belakang pentas). Ramai penata gaya muda hari ini kelam kabut jika ada masalah yang perlu dibaiki on the spot.

Apakah momen paling bahagia yang masih segar dalam ingatan?

Saat menunaikan solat di Raudah. 

Podcast Style DNA oleh Amanda Wakeley

Buku, podcast atau rancangan TV terbaharu yang telah menarik perhatian anda?

Kini, saya mengikuti Podcast Style DNA oleh Amanda Wakeley.

Apakah perkara yang anda lihat apabila berjumpa seseorang?

Sikap dan gayanya. 

*Gambar: Tym Fatimah

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down