Langgan

Bicara ELLE Bersama Mira Filzah

Mari kita kenali Mira dalam ruang ini!
2 minit untuk membaca
Published: October 27, 2024
Mira filzah
Gambar: Instagram/ @mfmirafilzah

Mira Filzah atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman memiliki bakat serba boleh dengan rupa paras yang manis. Mira masih kekal relevan dan menjadi inspirasi kepada wanita, apalagi bila sudah membina rumah tangga.

Bagaimana anda mengatur masa sebagai isteri, ibu, pelakon dan usahawan berjaya?
Kuncinya adalah membuat perancangan awal. Saya sudah merancang jadual sehingga April 2025, seperti tetapkan jumlah projek-projek yang ingin dilakukan, sasaran dan tarikh cuti untuk bersama keluarga.

Keluarga Mira
Gambar: Instagram/ @mfmirafilzah

Cara anda bersantai selepas hari yang sibuk?
Duduk di rumah dan tidak buat apa-apa.

Buku, podcast atau rancangan tv terbaru yang menarik perhatian anda?
Saya suka menonton pelbagai jenis filem dan drama, terutama sekali dokumentari atau kisah benar. Saya akan tengok semua yang trending dan daripada situ saya belajar perkara baru seperti ekspresi wajah, gerak-geri badan dan berdialog.

Apakah tips untuk mengamalkan pemakanan sihat?
Pertama, saya kawal saiz hidangan. Kedua, saya minum banyak air kosong. Ketiga, saya minum teh hijau hampir setiap malam.

Gambar: Instagram/ @mirafilzahmy

Trend fesyen atau gaya tertentu yang anda suka sekarang? Saya gemar memakai beg tangan dan kasut metalik kerana ia dapat memberikan elemen ‘pop’ kepada keseluruhan penampilan.

Apakah rutin penjagaan kulit anda?
Sejak masuk umur 30, saya tambah langkah dalam rutin penjagaan kulit. Yakni double cleanse setiap hari, skrub atau eksfoliasi dua, tiga kali seminggu, sheet mask seminggu sekali dan rawatan wajah sebulan sekali.

Apa yang mendorong anda untuk memulakan jenama tudung sendiri?
Saya suka tudung, it is so ‘me’. Pada tahun 2016, saya pernah ada jenama tudung, namun terpaksa berhenti kerana komitmen lain yang sangat sibuk. Setelah mencapai banyak kejayaan dalam bidang lakonan, saya tergerak untuk kembali dan lahirlah MIRAFILZAH.

Cinta tak pernah tepat waktu
Poster filem ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’.

Apakah projek paling bermakna yang anda boleh dikatakan sebagai momen gemilanb anda?
Menjadi wajah kempen Swarovski untuk Raya 2023 di Dubai dan terlibat dalam filem Indonesia pertama saya ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’, arahan Hanung Bramantyo.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down