Langgan

Bicara ELLE Bersama Mekyun

Mari selami dunia di sebalik gaya hidup figura ‘beauty with brains’ ini.
1 minit untuk membaca
Published: March 24, 2025
mekyun

Dengan kefasihan 'kecek Klate' serta bersemangat positif, Wee Yun Nee atau lebih mesra dipanggil Mekyun terus mengukir ruang maya yang menjadi inspirasi buat ramai. Baca lebih lanjut untuk mengetahui lagu, trend fesyen serta produk kecantikan kegemarannya!

Cara kegemaran untuk bersantai selepas hari yang sibuk?

Balik ke rumah, baring dan menikmati Netflix bersama keluarga tercinta.

Figura yang memberi inspirasi kepada anda dan anda sering lihat?

Pok. Pok sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak supaya berjaya.

murder on the dancefloor

Album lagu atau penyanyi kegemaran yang anda sering mainkan?

Murder on the Dancefloor oleh Sophie Ellis-Bextor.

Aplikasi atau alat digital yang paling banyak membantu anda dalam membuat content?

Selfie-stick. Mudah nak dapat angle tanpa susah-susah.

mekyun

Produk kecantikan yang anda suka sekarang dan mengapa?

Sunscreen mist daripada Skintific! Praktikal, cepat dan tak melekit.

Makanan ‘comfort food’ yang mampu menggembirakan anda?

Nasi ayam kunyit! ‘Sedak do’oh'.

Mekyun bersama Ayra Messi di Kazakhstan.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang anda obseskan sekarang?

Gaya elegan atau stail MUJI. Sangat minimalis namun tetap nampak classy!

Perkara pertama yang anda buat setiap pagi sebaik bangun dari tidur?

Melayan ‘majikan’ a.k.a kucing saya. Perlu bersihkan sangkar sebelum kucing-kucing itu buat riak muka bos marah.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Iceland untuk menyaksikan keindahan aurora borealis. Tempat itu seakan magik, cantik sangat!

Momen paling bahagia yang masih segar dalam ingatan?

Saat membawa Mok dan Pok berjalan-jalan di luar negara ke lokasi impian mereka.

Bag essentials setiap kali keluar rumah?

Dompet, kaca mata hitam, salap bibir, eye drops dan mints.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down