Langgan

Hailey Bieber Kongsi Gambar Sempena Mother’s Day Pertama 

Gambar baru Jack & gambar ketika Hailey sedang mengandung!
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
2 minit untuk membaca
Published: May 13, 2025

Pada hari Ahad, Hailey Bieber menyambut Hari Ibu pertama bersama anak lelakinya, Jack Blues Bieber. Dia memuat naik gambar carousel yang mengimbas kembali momen-momen selama setahun bergelar ibu serta beberapa gambar ketika mengandung, semuanya belum pernah dikongsikan lagi sebelum ini.

Gambar carousel itu dimulakan dengan gambar hitam putih yang menunjukkan kaki kecil Jack di atas kakinya, menunjukkan betapa kecilnya jari kaki bayi berusia lapan bulan itu berbanding ibunya. Gambar seterusnya menunjukkan Jack sedang melakukan ‘tummy time’ dalam onesie serba putih sambil memakai topi runcing berwarna-warni. Hailey turut berkongsi beberapa gambar ‘baby bump’ dengan saiz berbeza, gambar Jack sedang melihat keluar daripada tingkap pesawat, gambar Hailey menolak kereta sorong dan juga ketika anaknnya itu cuba memasukkan penumbuknya ke dalam mulut Hailey. Hailey menulis, “i love being your mommy Jack Blues. Happy Mothers Day 🤍” pada keterangan gambar-gambar itu.

Hailey juga memuat naik meme daripada filem ‘Mean Girls’, yang memaparkan Amy Poehler sebagai watak ‘cool mom’ di IG story.

Screenshot IG story milik Hailey Bieber

hailey bieber
Gambar: Instagram/ @haileybieber

Jenama kecantikan milik Hailey, Rhode turut mengumumkan satu inisiatif baharu sempena Hari Ibu, iaitu Support for Moms Fund di bawah Rhode Futures Foundation. Di Instagram, mereka menyatakan, “Dana baharu berjumlah $1 juta ini menyokong organisasi yang menyediakan pendapatan tetap dan sumber kepada ibu-ibu baharu, figura seakan ibu dan penjaga di seluruh A.S., dalam usaha memupuk kesaksamaan dan mengurangkan beban penjagaan tanpa bayaran.”

Suami Hailey, Justin Bieber, turut memuat naik semula salah satu gambar daripada carousel Hailey yang menunjukkan kaki Jack menutupi wajahnya. Dia meletakkan lagu oleh Natalie Cole, ‘This Will Be’ sebagai muzik latar untuk IG Story itu, serta menulis “Happy Mother’s Day.”

Screenshot IG story milik Justin Bieber

justin bieber
Gambar: Instagram/ @justinbieber

Justin turut berkongsi beberapa gambar ibunya, Patricia Mallette, di IG miliknya dengan emotikon tangan berotot.

Justin dan Hailey menyambut kelahiran Jack pada Ogos 2024, selepas mengumumkan berita gembira tentang kehamilan Hailey pada Mei tahun itu.

Artikel diterjemah daripada ELLE USA

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down