Sempena meraikan Hari Ibubapa, HWC COFFEE dengan bangganya memperkenalkan kolabarasi pertama bersama jenama barang kemas terkemuka, Diamond & Platinum. Menampilkan rantai yang diinspirasikan daripada bentuk biji kopi. Kerjasama ini melambangkan HWC COFEE dengan dedikasi yang mendalam untuk hari yang bermakna ini. Tambahan dengan sentuhan berlian yang berkilauan menambah sentuhan mewah, menjadikan rekaan itu salah satu kenangan yang benar-benar elegan dan sentimental.

'SPARKLE FOR PARENTS'
Kempen 'SPARKLE FOR PARENTS — Love in Every Sip' oleh HWC COFFEE mengetengahkan momen istimewa untuk anda berhenti sejenak, menikmati secawan kopi bersama ibu bapa dan menyampaikan penghargaan melalui gabungan rasa hangat kopi dan hadiah bermakna dengan rantai yang bersinar sebagai simbol kasih yang tak ternilai.
Melalui kempen ini, HWC COFFEE mengajak semua untuk menyambung semula ikatan dengan ibubapa, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan tulus yang mampu menyentuh hati dan menghangatkan hari-hari mereka.

Kolaborasi bersama Mierul Aiman
Menariknya, kempen ini turut menampilkan pelakon popular Mierul Aiman dalam sebuah video promosi istimewa. Gaya unik dan lakonan menyentuh hati beliau berjaya mencetuskan perbualan hangat di media sosial sejurus video ini dilancarkan, sekaligus mengeratkan lagi hubungan emosi antara HWC COFFEE dan generasi muda pencinta kopi.
View this post on Instagram
Cara Penyertaan Kempen:
- Muat turun aplikasi mudah alih HWC COFFEE dan daftar akaun.
- Berbelanja minimum RM25 dalam satu resit di mana-mana cawangan HWC COFFEE atau melalui aplikasi HWC COFFEE untuk menerima satu penyertaan cabutan bertuah.
- Penyertaan akan dipaparkan dalam halaman ganjaran aplikasi. Pelanggan Coffee Hunter akan menerima dua penyertaan bagi setiap transaksi yang layak.
Untuk maklumat lanjut, layari www.hwccoffee.my dan ikuti media sosial HWC COFFEE di Facebook, Instagram dan XHS.