Gracie Abrams, penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat, telah memikat ramai orang dengan suaranya yang lembut dan penuh emosi. Pada usia 25 tahun, dia mencipta namanya menerusi lagu-lagu seperti ‘I Miss You, I’m Sorry’, ‘Mess It Up’ dan ‘I Love You, I’m Sorry’, yang menyentuh tema-tema cinta serta kehilangan yang sangat dekat dengan hati pendengarnya. Sebagai seorang artis indie, Gracie terus menyerlah dengan lirik lagu yang jujur dan penuh makna, menggambarkan perjuangan peribadi serta pencarian diri.
Gambar: variety.com
Lagu-lagu Gracie sering tular di TikTok kerana liriknya memang dekat dengan ramai orang dan mudah sangat nak relate. Dengan gaya penulisan yang unik, Gracie boleh sampaikan perasaan yang mendalam dengan cara yang senang difahami. Setiap lagu beliau itu seolah-olah cerita peribadi kita semua. Malah, kejujuran dalam liriknya membuatkan pendengar merasa mereka tidak keseorangan, dan ini menjadikan lagu-lagu Gracie lebih bermakna dan dekat di hati.
Gambar: kulit album Gracie Abrams
Bukan itu sahaja, lagu terbaru Gracie, ‘That’s So True’, turut menggali emosi mendalam, kali ini berkisah tentang perpisahan yang menyakitkan. Dengan melodi yang penuh perasaan, lagu ini membawa kita melalui rasa cemburu, pengkhianatan, dan kesukaran melepaskan seseorang yang telah pergi. Liriknya menyentuh tentang pergolakan batin, berperang antara kenangan yang masih menghantui dan usaha untuk move on. Vokal Gracie yang penuh emosi memberi kehidupan kepada lagu ini, menjadikannya lebih dari sekadar tentang kehilangan.