Langgan

Google Perkenal Fitur Terbaru Gemini

Google memperkemas ciri-ciri terbaru Gemini dengan janaan AI
1 minit untuk membaca
Published: August 19, 2024

Kepesatan teknologi membenarkan kita sebagai pengguna mendapat akses penuh data atas talian dengan segala info lengkap yang diperlukan. Janaan AI banyak membantu urusan harian baik rasmi atau pun tidak dilaksanakan dengan cukup lancar. Google Gemini diperkenalkan sebagai pembantu peribadi yang begitu memberi manfaat.

Dengan ciri khas yang diperkemas, Google Gemini kini memperkenalkan fitur yang diintegrasikan dengan sistem Cloud. Fungsi barunya membolehkan pengguna memperkemaskan ayat yang disusun dengan lebih bervariasi mengikut keperluan. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Gemini Gmail yang hanya berfungsi bagi pengguna yang mahu menulis emel dengan fitur memendekkan atau memanjangkan ayat formal sahaja.

Google memperkenalkan ciri khas terbaru termasuk Keep, Task, Utilities yang juga boleh dihubungkan dengan YouTube Music. Bayangkan anda menjadi hos makan malam bersama keluarga dengan adanya Google Gemini anda boleh mendapatkan resepi dan sambungkan dengan senarai runcit di aplikasi Keep dan mainkan lagu pilihan anda dengan hanya satu sambungan Google Gemini terus ke YouTube Music.

Janaan AI ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna mendapatkan informasi yang tepat, menyusun tugasan dengan lebih teratur dan mengelak daripada kesalahan rigid seperti ejaan, kesalahan bahasa serta memberi kepelbagaian susunan ayat.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down