Langgan

Gaya Gen Z vs Milenial dalam Beef Season 2: Apabila Fesyen Jadi Cerminan Generasi

So, who has the best style?
1 minit untuk membaca
Published: April 29, 2026
Kredit: Netflix.com

Dalam Beef Season 2, fesyen bukan sekadar elemen visual. Ia menjadi bahasa yang menceritakan identiti, ego, dan konflik dalaman setiap watak. Melalui dua watak utama yang dilakonkan oleh Oscar Isaac (Joshua Martin) dan Charles Melton (Austin Davis), siri ini memperlihatkan perbezaan ketara antara estetika milenial yang intentional dan Gen Z yang lebih santai serta tidak trying too hard.

Oscar Isaac: Estetika Milenial yang Intentional

Watak Oscar Isaac menggambarkan sisi milenial yang sangat berhati-hati dalam membina imej diri. Gaya pakaiannya kemas, berstruktur dan penuh pertimbangan—tailored suit, seluar potongan rapi, serta gabungan sneakers yang memberi sentuhan “effortless cool”.

Namun di sebalik gaya itu, tersirat tekanan untuk kelihatan sempurna. Generasi milenial sering dibesarkan dengan idea untuk “jadi terbaik”, menjadikan fesyen sebagai satu bentuk kurasi diri yang sangat terancang.

Charles Melton: Stail Santai Gen Z

Sebaliknya, Charles Melton mewakili pendekatan Gen Z yang lebih bebas dan tidak terlalu “dikawal”. Gaya pakaiannya kelihatan santai, unfinished—baju thrifted, siluet longgar, dan kombinasi yang nampak tidak terlalu difikirkan.

Jika milenial mengutamakan kurasi, Gen Z pula lebih kepada “kurangkan yang tidak perlu”. Nilai utama mereka ialah keaslian—bukan kesempurnaan. Fesyen menjadi ruang untuk menolak tekanan konsumerisme dan norma lama.

Di Persimpangan Gaya

Dalam dunia Beef Season 2, fesyen bukan lagi sekadar trend. Ia menjadi cermin kepada cara setiap generasi mengurus identiti mereka, sama ada melalui kawalan yang teliti, atau kebebasan yang sengaja “tidak sempurna”.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down