Bulan yang paling dinanti-nantikan. Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan hari cinta selain bersantai bersama pasangan atau teman istimewa dengan menonton filem romantik komedi atau romcom yang penuh dengan cinta, tawa, dan detik-detik manis. Ini adalah senarai filem romcom yang pasti akan membuatkan anda tersenyum dan jatuh cinta berkali-kali!
The Proposal (2009)
Filem ini mengisahkan tentang seorang bos yang tegas bernama Margaret, Sandra Bullock yang berpura-pura bertunang dengan pembantunya, Andrew, Ryan Reynolds, untuk mengelakkan deportasi ke Kanada. Walaupun mereka pada mulanya tidak menyukai satu sama lain, pelbagai insiden lucu dan romantik berlaku yang akhirnya menyatukan mereka.
Tonton di: Disney Hotstar
@freshcuppa enemies to lovers trope anyone? the proposal shot vertically/filmed vertical. #theproposal #ryanreynolds #sandrabullock #romcom #nyc #moviescene ♬ The Beginning - Flawed Mangoes
How to Lose a Guy in 10 Days (2003)
And all the girl dream that they be BEN’S partner! Lagu catchy di dalam romcom ini. Filem ini mengisahkan Andie, Kate Hudson, seorang penulis yang ingin menulis artikel “how to lose a guy in 10 days”. Pada masa yang sama, Ben, Matthew McConaughey bertaruh bahawa dia boleh membuat seorang wanita jatuh cinta kepadanya dalam tempoh yang sama. Pertembungan niat mereka membawa kepada pelbagai situasi lucu dan romantik yang menghiburkan.
Tonton di: Netflix
@rxlexse and all the girls dreamed that they'd be ben's partner <3 #howtoloseaguyin10days #howtoloseaguyin10daysedit #romcom #romcoms #romance #romancemovies #romancecomedy #aftereffects #fyp ♬ original sound - yas
Valentine’s Day (2010)
Filem ini menghimpunkan pelbagai kisah cinta yang saling berkaitan dalam satu hari iaitu Valentine’s Day. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Jennifer Garner, Emma Roberts, Ashton Kutcher, Taylor Swift dan ramai lagi, filem ini menampilkan pelbagai kisah cinta dari hubungan baharu hingga perpisahan yang mencerminkan keindahan dan realiti cinta sejati.
Tonton di: HBO Max
@jennifergarner Happy Anniversary to this sweet movie, Valentine’s Day. We miss you, Garry 💕 (If @Taylor Swift ♬ original sound - Jen Garner
Pretty Woman (1990)
Filem romantik sepanjang zaman ini mengisahkan kisah cinta antara Vivian, Julia Roberts, dan Edward, Richard Gere, seorang ahli perniagaan kaya. Kisah mereka yang berbeza status sosial tetapi akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain menjadikan filem ini antara yang paling ikonik dalam genre romcom.
Tonton di: Disney Hotstar
@freshcuppa pretty woman shot vertically/filmed vertically. #juliaroberts #prettywoman #romcom #cinema #moviescene #nottinghill ♬ original sound -
Anyone But You (2023)
Filem romcom moden ini mengisahkan Ben, Glen Powell dan Bea, Sydney Sweeney, dua individu yang tidak menyukai antara satu sama lain tetapi terpaksa berpura-pura bercinta demi kawan-kawan dan keluarga. Dengan chemistry yang hebat dan momen mencuit hati, filem ini sesuai untuk anda yang gemarkan kisah cinta yang ringan dan menghiburkan.
Tonton di: Netflix
10 Things I Hate About You (1999)
Penuh dengan adegan romantik dan lagu latar yang ikonik, filem yang diinspirasi daripada karya Shakespeare, The Taming of the Shrew. Mengisahkan seorang gadis remaja bernama Kat, Julia Stiles yang sukar didekati oleh mana-mana lelaki. Namun, Patrick, Heath Ledger menerima cabaran untuk menawan hatinya dan akhirnya jatuh cinta kepadanya.
Tonton di: Disney Hotstar