Emirates memperkenalkan Kelas Ekonomi Premium ke Kuala Lumpur dengan Boeing 777 yang baharu dipasang semula.

Dalam dunia perjalanan moden yang semakin menuntut keselesaan dan eksklusiviti, Emirates sekali lagi memperkukuh reputasinya sebagai peneraju dalam pengalaman penerbangan mewah. Kali ini, syarikat penerbangan dari United Arab Emirates memperkenalkan Kelas Ekonomi Premium ke Kuala Lumpur melalui Boeing 777 yang baharu dipasang semula.
Mulai Oktober ini, pesawat yang dipertingkatkan itu akan beroperasi pada penerbangan EK346 dan EK347. Ia akan menghubungkan dua metropolis dinamik antara Dubai dan Kuala Lumpur dengan tahap keselesaan yang menyaingi perjalanan kelas atasan.
Empat Kabin, Satu Pengalaman Penuh Gaya
Boeing 777 baharu daripada Emirates tampil dengan empat kabin yang diperbaharui sepenuhnya. Dari Kelas Pertama, Perniagaan, Ekonomi Premium, hingga Ekonomi, kesemuanya dirancang untuk menghadirkan pengalaman perjalanan yang lancar, bergaya, dan serba mewah.
Namun bintang sebenar di udara kali ini adalah Kelas Ekonomi Premium. Ia kini menjadi simbol keseimbangan sempurna antara kemewahan dan nilai. Reka bentuk kabin ini menampilkan tempat duduk kulit mewah dengan ruang kaki yang luas. Lengkap dengan pencahayaan ambien lembut, skrin hiburan HD besar, serta butiran halus yang seakan suasana kelas perniagaan.

Menikmati Kemewahan, Di Ketinggian 30,000 Kaki
Emirates menaik taraf pengalaman menjamu selera dengan sentuhan elegan. Hidangan disaji di atas pinggan Royal Doulton. Kutleri keluli tahan karat yang dibalut kemas dengan kain linen, dan meja kayu berkilat yang boleh dilipat ke dalam tempat duduk. Setiap hidangan diinspirasikan dari citarasa serantau. Dari aroma Asia Tenggara hingga citarasa Timur Tengah, ia disempurnakan dengan pilihan minuman premium dan eksklusif. Setiap penerbangan kini bukan sekadar perjalanan, tetapi pengalaman gastronomi yang membangkitkan deria.
Kemewahan yang Berkekalan
Setakat ini, Emirates telah menyiapkan peningkatan pada 67 pesawat. Sebahagian daripada projek global bernilai berbilion dolar untuk menaik taraf 219 pesawatnya. Setiap butiran, dari muncung ke ekor, diberi perhatian teliti untuk memastikan setiap penumpang menikmati pengalaman penerbangan bertaraf dunia.
Menjelang penghujung 2025, Emirates akan menawarkan hampir 2 juta tempat duduk Ekonomi Premium setiap tahun di seluruh dunia. Dan angka itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2026. Penumpang Kelas Ekonomi Premium juga menikmati elaun bagasi daftar masuk 35kg serta bagasi kabin 10kg, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai keselesaan tanpa batas.

Sebuah Bab Baharu Dalam Gaya Perjalanan
Dengan pelancaran Boeing 777 baharu ini, Emirates bukan sekadar menambah laluan penerbangan. Ia menambah bab baharu dalam seni perjalanan mewah. Dari rekaan kabin yang elegan hingga layanan bertaraf dunia, setiap elemen mencerminkan visi Emirates untuk menjadikan langit sebagai ruang paling indah di dunia. Tempahan kini dibuka di emirates.com dan aplikasi Emirates.
