Langgan

#ELLEMusic: Senarai Dengar Minggu Ini

Ritma musim panas bermula lagi
2 minit untuk membaca
Published: May 5, 2026

Musim baru bermuzik kembali lagi. Berikut senarai dengar yang wajib menjadi teman anda sepanjang minggu ini.

Bring Your Love (Madonna & Sabrina Carpenter)
Kolaborasi dua generasi Pop membentuk satu ilham baru yang menjerat pendengaran. Madonna setelah lama tidak hadir dengan single baru menemukan formula muzik kini bersama Sabrina Carpenter menerusi "Bring Your Love".

It's Me (ILLIT)
Masih belum perlahan fenomenanya, ILLIT berjalan terus dengan penghasilan single terbaru "It's Me" yang bergerak atas DNA muzik mereka sendiri. Seperti biasa, penghasilannya cukup catchy dan mengikat pendengaran dengan cukup mudah.

Rollerblade (no na)
Sensasi kini girl group diteruskan dengan kemunculan no na dari Indonesia yang memecah pasaran muzik global. EP terbaru mereka yang menampilkan single "rollerblade" menjadi satu kesinambungan yang baik untuk bakat muda ini bertumbuh sebagai pemuzik pelapis yang bakal terus diraikan.

Horses & Divorces (Kacey Musgraves)
Era baru Kacey Musgraves kini bermula lewat penghasilan album "Middle of Nowhere". Setelah dua single beredar, album baru penghibur Country ini mendapat kritikan positif daripada music critics global. Horses & Divorces menjadi single ketiga album ini dengan kolaborasi bersama Miranda Lambert.

TELEPATI (Aziz Harun)
Pasaran muzik tempatan juga tidak sunyi dengan penghasilan lagu-lagu baru. Aziz Harun satu daripadanya yang terus aktif dan terbaru single "Telepati" ciptaannya bersama komposer seberang seperti Iqbal Siregar menjadi pertaruhan. Cukup catchy dan datang dengan melodi cukup puitis.

Senandung Harapan (Feby Putri & Noh Salleh)
Ini mungkin menjadi kolaborasi manis yang dinanti. Ilham Folk Nusantara Malaysia - Indonesia menyatu lewat penghasilan melodi yang cukup mengikat. Seperti biasa, Feby Putri sentiasa memiliki ilham penulisan lagu yang melekakan dan kolaborasinya bersama Noh mengukuhkan kredibilitinya sebagai penghibur yang terus diraikan.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down