Langgan

ELLE Memulakan Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Dengan Parti Mewah di Milan

Acara ini menandakan permulaan sambutan sepanjang tahun.
2 minit untuk membaca
Published: March 10, 2025
Sambutan Ulang Tahun ke-80 ELLE di Milan

Tahun ini merupakan detik bersejarah bagi jenama ELLE yang meraikan lapan dekad memperjuangkan suara wanita, fesyen dan budaya. Diasaskan di Paris, Perancis pada tahun 1945, ELLE telah berkembang menjadi jenama media global dengan kehadiran 50 edisi di seluruh dunia – bukti pengaruhnya yang berterusan dan keupayaannya untuk membentuk perbualan dalam dunia fesyen dan pelbagai bidang lain.

80 Tahun ELLE
Barisan editor ELLE daripada seluruh dunia

Bagi memulakan ulang tahun istimewa ini, ELLE telah menganjurkan parti eksklusif di Palazzo Clerici pada hari pertama Milan Fashion Week. Salah satu mercu tanda bersejarah yang paling mempesonakan di Milan, Palazzo Clerici menawan pengunjung dengan keanggunan seni bina dan perincian hiasan yang memukau. Sorotan utama tempat ini adalah siling rekaan seni Giovanbattista Tiepolo, yang menggambarkan ‘The Chariot of the Sun’ sebuah karya agung yang mencerminkan keagungan artistik dan sejarah kaya istana ini. Perincian yang rumit dan sentuhan emas mencipta suasana elegan, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk meraikan acara penuh makna ini.

80 Tahun ELLE
Constance Benqué, CEO ELLE International bersama Valéria Bessolo Llopiz, International Director of ELLE

Majlis ini menghimpunkan komuniti global ELLE, dengan kehadiran editor-editor daripada 50 edisi, tokoh fesyen dan pemimpin industri dari seluruh dunia untuk meraikan detik bersejarah ini. Acara ini meraikan visi masa depan ELLE yang progresif. Constance Benqué, Ketua Pegawai Eksekutif ELLE International, mengimbas kembali legasi jenama ini:

"Kami berada di Milano pada hari pertama Minggu Fesyen untuk meraikan detik bersejarah – ulang tahun ke-80 ELLE. Lapan puluh tahun fesyen, lapan puluh tahun kecantikan, lapan puluh tahun gaya hidup dan budaya – semuanya dalam lapan dekad memperjuangkan suara wanita."

Sambutan ini membawa tetamu dalam perjalanan menerokai sejarah kaya ELLE. Paparan multimedia mempamerkan evolusi majalah ini sepanjang dekad, termasuk muka depan ikonik daripada seluruh dunia, editorial fesyen dan paparan video yang menonjolkan pengaruh ELLE dalam membentuk landskap fesyen moden. Tetamu berpeluang menyaksikan bagaimana majalah ini memainkan peranan penting dalam membentuk naratif fesyen merentas generasi.

80 Tahun ELLE
Penulis dan penerbit lagu, Dardust

Salah satu sorotan utama malam itu adalah persembahan piano secara langsung oleh penulis lagu, penerbit rakaman dan pemain piano terkenal Itali, Dardust. Persembahan penuh emosi ini mencipta suasana yang mendalam, mencerminkan semangat legasi ELLE yang elegan tetapi berani. Malam itu dipenuhi dengan rasa nostalgia dan keterujaan, menggabungkan sejarah kaya majalah ini dengan gambaran masa depannya yang dinamik.

Acara gemilang ini menandakan permulaan sambutan sepanjang tahun, dengan pelbagai aktiviti dan penghormatan global yang dirancang untuk memperingati legasi dan masa depan ELLE.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down