ANAK MALAYSIA (ZIZI KIRANA / ALTIMET / FAHIMI / SAIXSE)
Refleksi kemerdekaan dalam sebuah melodi yang menyatukan dua generasi muzik baru dan lama ditafsirkan sebaiknya dalam penghasilan lagu "Anak Malaysia". Kolaborasi Zizi Kirana dan Altimet bersama dua bakat baru iaitu Fahimi dan Saixe ini antara penyatuan muzik Pop, Hip-Hop dengan semangat patriotik yang cukup tinggi.
BENDERA (FAIZAL TAHIR)
Faizal Tahir mengambil ilham muzik tradisional yang diadun dengan cara begitu moden menghasilkan sebuah debut untuk bendera Malaysia. Lagu ini dihasilkan Faizal Tahir bersama Glowrush, Iqie Hugh dan Hanis Rafi menyuntik semangat nasionalisme menerusi komposisi juga penulisan lirik yang mengambil ilham pantun dan disusun dengan gaya bahasa yang lebih catchy.
INILAH KITA (HAEL HUSAINI / WANI KAYRIE / BALAN KASH / ROSHIMNI BALACHANDRAN / DANIEL FONG / JOEY LEONG)
Penghasilan melodi lagu ini segar dengan infusi muzik Pop yang kekinian. Penulisan liriknya dalam tiga bahasa - Melayu, Tamil dan Cina bergerak sebagai perlambangan penyatuan kaum yang ada di Malaysia. Lagu ini dihasilkan oleh Shazee Ishak, Audi Mok dan Balan Kash.
KERANAMU - DANI KURAMA / YONNYBOII / MK / SUFIAN SUHAIMI
Nuansa Pop disatukan dengan gaungan Hip-Hop oleh Yonnyboii juga MK daripada K-Clique. Hal ini pernah dilakukan Faizal Tahir dulu bersama Joe Flizzow juga SonaOne dan ia diteruskan dengan penghasilan lagu ini yang membawa semangat serupa. cukup catchy dan mudah diikuti, Keranamu menjadi satu daripada lagu yang mengendong ilham nasionalisme dengan pemikiran baru anak muda.
INILAH MYGENERASI - AISHA RETNO
Aisha Retno bakat muda yang cukup agresif dalam pemasaran muziknya hari ini hadir dengan sebuah lagu patriotik yang disuntik semangat muzik Pop yang cukup current. Kerjasama Aisha bersama jenama Yeos ini datang dengan lirik yang ditulis dengan penceritaan tentang kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. Muzik Dance yang melatari lagu ini benar-benar mewakili generasi hari ini.